Saturday, May 3, 2008

Mengenang Tan Sri SM Nasimuddin (NAZA)

Semasa lawatan bersama rakan di Los Angeles di sekitar tahun 2002, saya berkesempatan menginap di hotel Ramada Inn, Hawthorne Blvd, Torrance. Semasa 'check in' saya perhatikan sekeling 'reception' tersebut terdapat banyak risalah-risalah tentang Malaysia.

Dengan rasa teruja saya terus tanya penyambut tetamu di depan, adakah ramai orang-orang Malaysia menginap di sini? Katanya bukan sahaja ramai penginap Malaysia tetapi hotel ini telah dibeli dan dimiliki oleh orang Malaysia.

Dan taukenya ialah Tan Sri SM Nassimudin dari NAZA. Beliau membeli hotel itu dari seorang saudagar Arab melalui lelongan bank.

Rasa bangga dan terharu ketika itu, kerana ada Melayu memiliki bukan calang-calang pelaburan di US.

No comments: