Thursday, May 15, 2008

Apa salahnya "SQUAD PENGINTIP MCA"?

Tindakan MCA menubuhkan SPM (Squad Pengintip MCA) kalau memang wujud seperti yang dinyatakan Dato' Dr Chua Soi Lek, adalah satu tindakan yang positif di dalam membendung tingkah laku kurang sopan pemimpin-pemimpinnya. Dan terbukti kejayaannya membongkar video sex Naib Presiden dan mantan menteri kanannya Datuk Dr Chua Soi Lek sendiri.
Setelah kejayaan membongkar skandal video ini dan mungkin banyak lagi yang sedang berbaris, squad ini dipersalahkan pulak. Dr Chua menyalahkan squad ini kerana tindakan pembongkaran video ini mengakibatkan beliau menjadi mangsa politik dan memaksa beliau mengaku dan meletakan jawatan secara terhormat dan mungkin ramai lagi pemimpin-pemimpin yang "berwibawa" seperti beliau akan jatuh lagi.
Mungkin beliau bermaksud miang dan gatal seseorang pemimpin masih boleh diterima tetapi jangan sampai divideokan.

No comments: