Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
BESUT 25 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diminta menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan menjadikan Vitato iaitu sejenis ubi keledek sebagai satu daripada makanan mengganti nasi bagi rakyat Malaysia.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Vitato yang juga lebih dikenali di Kelantan dan Terengganu sebagai 'ubi setelo', ternyata lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan tepung gandum dari segi diet, vitamin C dan karotena.
Katanya, kajian terperinci seharusnya dijalankan segera, terutama dalam aspek tanggapan dan kehendak pengguna sendiri, sama ada ia boleh dijadikan makanan gantian sekiranya khasiatnya tidak banyak berbeza dengan beras.
''Bukan mahu ganti sepenuhnya dengan nasi yang kini menjadi makanan asasi rakyat Malaysia tetapi untuk kajian mendapatkan tindak balas daripada pengguna itu sendiri," katanya selepas melawat projek penanaman Vitato di Kampung Gong Macang dekat sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Rahim Ahmad; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman dan beberapa pemimpin masyarakat.
Projek penanaman Vitato di Gong Macang diusahakan di kawasan seluas 50 hektar dengan membabitkan 47 peserta.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pihaknya membuat cadangan ini berikutan harga beras di pasaran dunia sekarang melambung tinggi.
Bagaimanapun katanya, di negara ini kerajaan membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sen sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.
Mengenai Vitato, beliau berkata, Kelantan dan Terengganu bakal menjadi pengeluar terbesar di negara ini sekiranya semua petani menyahut seruan kerajaan mengusahakan tanaman itu secara besar-besaran.
Katanya, antara kawasan dikenal pasti sesuai untuk penanaman Vitato termasuk Bachok Utara, Besut, Setiu dan beberapa kawasan lain.
Menurutnya, tanaman Vitato juga sesuai dijadikan tanaman ganti kepada tembakau yang kini dikurangkan penanaman di negara ini walaupun ia dari segi pendapatan kepada petani adalah kurang.
Melalui pengalaman orang tua-tua (bukan kajian pakar perubatan) kalau banyak makan ubi, badan akan berangin, bila berangin samada muka KEMASAI (maknanya sila rujuk kamus Kedah) atau kerap KENTUT.