Kenyataan Menteri Perdagangan dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad tentang kenaikan harga beras di bawah kawalan Bernas dan Bernas pula tertakluk di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Situasi ini nampaknya memusingkan kepala rakyat.
Duapuluh tahun Dulu Bernas dikenali sebagai Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) tetapi atas dasar Malaysian Incorporated pada masa itu LPN telah diswastakan menjadi BERNAS. Apabila diswastakan Bernas dengan agresif membeli semua kilang-kilang padi yang kecil, sederhana dan besar. Dan beras negara telah dimonopolikan oleh Bernas.
Apabila menjadi swasta fokus utama ialah keuntungan "profit oriented". Kepentingan pemegang saham lebih utama dari kepentingan sosial. Prestasi CEO diukur dari sejauh mana keuntungan yang dibuat.
Nampaknya generasi hari ini kena berhijrah dari makan beras kepada makan roti seperti generasi terdahulu yang makan ubi kayu semasa perang Jepun berhijrah makan beras selepas merdeka.
Atau kita semua beralih kembali makan ubi kayu, keledek atau ubi kemili cicah nyior dan kopi 'o' pekat.

No comments:
Post a Comment