Semalam 14 Mei 2008 program Bersama Menteri RTM1 telah menjemput YAB Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terangganu. Sepanjang program tersebut beliau kelihatan begitu bersahaja dan spontan melayan soalan-soalan yang diajukan khasnya panggilan-panggilan dari penonton.
Apa yang menarik dan menjadi teka-teki ialah kenyataan dan kehairanan beliau bagaimana kos menaik taraf projek lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu yang pada mulanya bernilai RM250 juta telah melonjak ke RM500 juta. Dimana projek ini telah dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan secara rundingan terus.
Jika Menteri Besar boleh hairan apatah lagi rakyat diakar umbi? Mungkin mantan Menteri Besar ada jawapan jika beliau terus menerus dilantik menjadi Menteri Besar.
Atau mungkin jawapan yang tepat ialah kenaikkan harga besi sehingga masaalah di kawasan-kawasan perumahan, pada siang hari pun besi-besi penutup 'septic tank' dan besi-besi jalan-jalan boleh hilang. Sehingga ada kes seorang rakan yang pulang dari bercuti di kampong telah mendapati pintu pagar besi rumahnya telah hilang.

Mungkin istilah yang tepat ialah "DAYLIGHT ROBBERY".
No comments:
Post a Comment