BERTANDANG ke majlis rumah terbuka seorang jiran lama yang tidak pernah lupa menjemput saya hati cukup gembira kerana dapat berjumpa semula teman lama yang sama-sama mencuba nasib di Kuala Lumpur lebih 24 tahun lalu.
Masing-masing ceria, bersalam dan berpelukan hinggakan ada yang menitis air mata. Bayangkan daripada anak-anak berjalan tatih sampai sekarang sudah menjadi anak teruna dan dara, masing-masing tetap saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Tuan rumah yang saya panggil kakak M nampak cukup gembira. Dia mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya telah berkahwin. Kak M ada tiga orang cucu.
Sayangnya pada hari itu saya tidak nampak seorang pun anak-anaknya yang telah berkahwin ada kecuali yang bongsu sebaya anak saya berusia 13 tahun.
``Mana Ashraf, Nani, Ita dan Zack? Tak nampak pun..'' tanya saya.
Kak M berhenti daripada mengangkat gelas dan memandang tepat ke wajah saya. Seperti ada yang ingin disampaikan kak M, saya mengikutnya ke dapur, tolong-tolong apa yang patut.
``Kamu tahu.. mana hendak budak-budak itu tinggal lama kat rumah ini... sempit. Anak bini dia orang tidak selesai.. tak best..'' katanya menjuih bibir.
Saya tersentak. Apa yang dimaksudkan tak best.. sedangkan seingat saya Kak M yang saya kenal daripada dulu hingga sekarang tetap tidak berubah. Ramah, suka tolong orang dan suka jemput orang makan. Pendek kata kalau bulan puasa, bab makan memang selesai. Ada-ada sahaja yang Kak M hulurkan.
``Mereka balik Hari Raya pertama sahaja... itupun duduk hotel. Tak tinggal dalam rumah ini. Anak bini tidak selesa.. rumah aku ni kan tiga bilik sahaja..mereka nak banglo agaknya.
``Pada hal dulu mereka yang berguling dan berperang dalam rumah ini. Tak pun bising tentang bilik kecil. Kakak tak kisah. Tapi abang kamu tu yang kecil hati.'' katanya menuding jari ke arah suaminya.
Saya merenung wajahnya. Dapat saya baca yang Kak M juga terguris hati dengan tindakan anak menantunya yang tidak tinggal di rumahnya semasa Hari Raya lalu sebaliknya menempah hotel.
Tanpa niat menjaga hal peribadinya saya beranikan diri bertanya, selalu ka macam itu?
``Hah. Tiap-tiap tahun macam itu. Kalau orang lain sibuk tunggu anak menantu dan cucu balik pada malam raya kakak tak tunggu sapa-sapa. Sebab kakak tahu, mereka balik tetapi tinggal di hotel. Kalau sampai awal, jenguklah mereka pada malam raya, kalau tak... telefon sahaja bagi tau sudah ada di kampung. Pagi raya baru nampak batang hidup.
``Nak kata apa lagi. Nama pun anak. Asal balik sudahlah...Kakak tahu anak-anak tak banyak kisah tapi menantu dan cucu dari bandar tu yang kecoh. Tak selesa, panas, bilik air kotor, macam-macam lagilah..
`Macam kakak tak pernah bersihkan rumah ini. Kamu tengoklah... berapa banyak kipas angin ada dalam almari itu. Untuk apa, kalau bukan untuk mereka guna bila balik. Tapi apa nak buat. Orang nak hawa dingin, bukan kipas. Kena terimalah,'' tambahnya lagi.
Saya tidak terkata apa-apa. Tidak sangka pula Kak M yang nampak gembira sepanjang masa itu punya cerita sedih tentang anak-anaknya. Malah seingat saya dia tidak pernah langsung bercerita tentang perangai anak-anaknya itu kepada sesiapa pun. Setiap masa dia asyik memuji anak-anaknya, berpendidikan tinggi, dapat kerja bagus, dapat isteri cantik dan berjawatan tinggi.
``Tuhan sudah bagi kakak anak-anak yang menjadi. Menantu dan cucu yang comel.. tapi dia uji pula dengan cara lain. Kita kena reda. Nak buat macam mana. Nak dendam dan benci pun darah daging kita...aku tidak kisah lagi. Malas hendak fikir, kalau ingat-ingat mahu menangis siang malam. Tapi syukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Setahun sekali mereka balik pun cukuplah...'' tambahnya sambil mengesat air mata.
Terasa bersalah pula saya bertanyakan hal anak-anaknya. Lalu saya meminta maaf kalau soalan itu mengguris hatinya.
``Tidak apa. Elok kamu bertanya. Kakak pun sudah lama simpan rahsia ini, elok juga luahkan pada kamu yang kakak anggap seperti adik kandung. Itulah kita ini, bila sudah tua kena reda dengan sikap anak-anak. Buruk ke baik ka kena terima walau pahit. Sudah jadi tradisi sekarang ini.
``Anak-anak, menantu dan cucu kalau terlalu hidup mewah dan bergaya begitulah jadinya. Bukan tidak tahu asal usul mak bapak, tapi kerana gaya hidup, perasaan mak bapak diketepikan. Isteri dan anak-anak yang lebih penting. Kita orang tua ini kena beralah,'' tambahnya.
Kata-kata kakak M menghentikan soalan saya selanjutnya tetapi nampaknya kakak M masih ada cerita untuk diluahkan.
``Kamu tau.. dulu anak menantu aku tu tidak macam ini. Mula-mula kahwin dulu mahu juga dia orang tidur di rumah ini tapi sejak anak-anak membesar, macam-macam hal berlaku. Konon anak-anak tidak lalu makan masakan kampung. Air tidak bersih nanti badan gatal-gatal. Kakak pun hairan bertahun-tahun kami hidup dalam rumah ini guna air paip yang sama tidak pula badan gatal-gatal. Ini asyik jerit nak makan ayam goreng dan burger sahaja, apa hal? Sekarang ini mereka nak tengok Astro, sakit telinga kakak tapi buat tidak dengar sahajalah,...'' tambahnya.
Sekali lagi saya terkedu. Begitulah jika anak-anak telah diasak dengan gaya hidup cara orang Barat. Tidak mesra dengan datuk nenek dan saudara mara.
Yang saya pelik kenapa ibu bapa generasi muda ini tidak mendidik dan memberi nasihat, ikut sahaja apa kata anak. Biarpun saya simpati dengan kak M tapi apa yang boleh saya buat.
Kepada kak M saya minta dia bersabar. Mudah-mudahan satu hari nanti anak-anaknya akan sedar dan berubah.
``Tidak apalah... kalau itu jalan hidup yang mereka pilih, kakak reda. Asalkan mereka anak beranak bahagia sudahlah. Kakak sudah tidak ada apa lagi yang hendak dikejar. Tunggu masa nak pejam mata,'' ujarnya sayu.
Saya terpukul dengan kata-kata kakak M. Itu habuannya. Pun begitu saya kagum dengan sikapnya yang tenang. Tidak nampak kedukaan pada wajahnya walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Kisah yang kakak M alami bukan pertama kali saya dengar, sudah berpuluh-puluh kali. Tidak ramai orang tahu betapa anak-anak era melenium ini tidak tahu menghargai dan menjaga hati orang tua. Malah mereka lebih mementingkan gaya hidup.
Apa pun kisah kak M mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kita bersama. Kepada anak-anak yang menganggap diri mereka `orang bandar'' fikirkan dan renungkan kisah ini. Mungkin anda tidak perasan telah mengguris perasaan ibu bapa.
Sesekali balik kampung tambahan pula pada hari baik dan bulan baik ini, apa salahnya menggembirakan hati orang tua, jangan biarkan mereka menitiskan air mata kerana kelalian kita sebagai anak.
Cuba anda pejamkan mata, bayangkan zaman anda anak-anak, remaja dan kini menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang membesar. Siapa yang mendidik dan menjaga anda? Kemudian renunglah wajah anak-anak anda yang ada di depan mata. Bayangkan, bagaimana perasaan sekiranya 10 tahun daripada sekarang mereka pula yang berbuat demikian kepada anda?
Penutup kata pesanan saya untuk diri saya dan anda juga, Ibu menjadi lambang teladan dan kelembutan serta keanggunan, sumber kasih sayang dan cinta kasih yang Allah S.W.T ciptakan. Ibu bagaikan mata air cinta yang mengalirkan kasih yang meluap-luap untuk anak-anaknya. Kasih dan cintanya bagaikan laut tidak bertepi!
Salam
- NORMALA HAMZAH

No comments:
Post a Comment