Friday, May 23, 2008

Dua Kali Lima, Lima Kali Dua.

Di antara perkara yang paling saya elak dalam hidup ini ialah marah. Kalau mula rasa nak marah cepat-cepat saya alihkan fokus minda saya ke arah perkara yang lain. Kerana saya sedar wajah dan kelakuan saya amat buruk apabila saya di dalam keadaan marah. Tutur kata menjadi gagap, tangan-tangan menjadi ketar, muka naik merah seperti udang bakar dan yang lebih bahaya ialah apa juga benda di hadapan akan menjadi piring terbang, kalau file akan dibaling, kalau surat akan dikoyak, kalau pinggan mangkok akan terbang melayang-layang dan yang lebih bahaya lagi tangan akan mudah naik. Itulah wajah yang sebenar kita.

Saya selalu juga melihat orang marah. Terutamanya dalam politik macam-macam kerenah manusia. Yang buat-buat marah pun ramai, untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Pengalaman yang paling buruk sekali yang saya telah lihat ialah apabila isteri kedua jiran disebelah rumah saya datang menyerang dan memarahi isteri pertamanya. Bahasa yang seumur hidup jarang-jarang kita dengar telah keluar seperti bertih goreng di bibir isteri keduanya. Semua hal ehwal dalam bilik dan dalam kain semuanya keluar meletup-letup sehingga riuh rendah di tengah-tengah jalan. Yang buruk dan memalukan ialah mereka berentap-rentap di antara sesama mereka melondehkan pakaian dan berusaha menelanjangi isteri yang tua kononnya nak membuktikan anu.xxx sudah kerepot. Maaasyaalahhh.

Begitulah kalau perasaan marah. Kalau pemimpin marah lagi gawat seperti dalam Blog www.chedet.com. Tun Mahathir telah marah pada Tun Musa Hitam. Cerita-cerita lama telah diungkit-ungkit kembali seperti kebudak-budakan. Apa sudah jadi pemimpn-pemimpin kita?

Soalan-soalan yang ingin diulangi ialah ..(disebut dlm intonasi seperti dalam filem Nujum Pak Belalang, semasa Hj Bakhil mengajukan soalan teka teki kepada P.Ramlee).
"
Siapakah yang berpecah sekarang? Melayukah? UMNOkah? atau Pemimpinkah?"

Menurut Dato' Shahrir Samad, blog tersebut bukannya Tun Mahathir yang tulis dan saya sependapat dengan beliau.




No comments: