Thursday, May 29, 2008

Mengapa P.Ramlee masih dikenang.


Anak saya dulu yang berumur 5 tahun apabila melihat filem Melayu lama hitam-putih, semua diborong dan dicapnya sebagai filem P.Ramlee apabila ditanya, walaupun pelakunnya bukan P.Ramlee. Itulah kekuatan filem .Ramlee.

P.Ramlee masih dikenang sehingga hari ini kerana banyak cerita-ceritanya berkisarkan realiti sebenar yang menyentuh masyarakat Malaysia dari dulu hingga hari ini. Selagi kisah-kisah itu berlaku di dalam masyarakat kita selagi itu P.Ramlee akan hidup dan dikenang. P.Ramlee akan dilupakan jika semua kisah-kisah yang dipaparkannya telah "obsolete" atau lapuk. Atau masyarakat Malaysia telah berubah sama sekali seperti tidak ada lagi orang kaya bakhil, tidak ada lagi tamak harta pusaka, tidak ada porak peranda dalam keluarga, tidak ada lagi isteri yang cemburu apabila suami bermadu , tidak ada lagi ibu mertua yang hanya pilih menantu kaya atau tidak ada lagi keagungan darjat dan pangkat.

Jika semua perangai dan sikap ini tidak ada lagi dalam masyarakat Malaysia, filem-filem P.Ramlee akan berkubur dan P.Ramlee akan terus diupakan.