Saturday, September 27, 2008

Puisi Aidil Fitri.

ANAK SELUANG PULANG KE LUBUK
(Lebih sejuta wargakota tinggalkan Kuala Lumpur - Utusan Malaysia 27.9.08)

Kuala Lumpur kau akan kesunyian
Hiruk-pikuk di dadamu akan terhenti seketika
kerana Wargamu pulang menyusur akar
mencari dari mana asal mereka

Ayah, di laman rumahmu
kereta bersempitan
Mercedez, BMW, Toyota, Proton Saga dan motor Honda
Basikal cabukmu ke sawah mencari nafkah
menjadi pameran di bawah rumah

Ruang rumah tiba-tiba menjadi kecil
Anak cucumu tidur bergelimpangan
dari dapur ke serambi
yang panas yang rimas
Selit menyelit tanpa darjat Dato' atau Datin
kerana di sinilah bumi mereka pijak
walau mengapai awan setinggi saujana

Ibu,nisan di pusaramu
tiba-tiba hilang seketika
rerumput menjadi lalang bermaharaja lela
penunggu setia pengunjung setiap Syawal menjelma

Ibu, Di pagi Syawal ini masa menjadi tidak cukup
untukku memohon ampun dan maaf kepadamu
sehingga kini aku masih tercari-cari
syurga di bawah telapak kakimu.

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya aidil fitri.

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI.
Sungguh rendang pohon Rumbia
Rendang lagi si pohon Ara
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan di hari bahagia

Wednesday, September 24, 2008

Dr M bidas Amerika kerana selamat firma bermasaalah.

Dr M nampaknya tak habis-habis membidas Amerika lagi kerana menyelamatkan syarikat gergasi yang bermasaalah.
"Sekarang dia (selamatkan) satu bank yang rugi 40 hingga 50 bilion dolar AS... kita buat salah, dia buat tidak salah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Nurul Ihsan, Pida 7, di sini, semalam.


Mat Kedah : Ingin tanya apa akan jadi kalau Amerika tak selamatkan syarikat-syarikat gergasi ini dan mereka mendengar kritikan Dr M? Jawabnya ekonomi dunia akan runtuh dan negara-negara ketiga seperti Malaysia akan runtuh dahulu. Dengan senario politik dan ekonomi semasa Malaysia mungkin akan berlaku krisis kaum yang parah.

Tuesday, September 23, 2008

Mahathir Kesunyian Lagi

(Pic : The Star)

Dr M: Ringgit must be pegged
ALOR STAR: Malaysia must peg the ringgit to avoid being drawn into a global financial crisis, reiterated former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Government will not repeg ringgit
PUTRAJAYA: The Government will not repeg the ringgit and is committed to allowing market forces to determine the currency’s value, Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.
He said the ringgit was stable enough and the Government was confident that its present position reflected its true value.



Mat Kedah : Kalau dulu adakah begini? Itulah kalau dah tak ada jawatan "jenuh melilau". Sapa pun dah tak dengar lagi.

Monday, September 22, 2008

Mungkin Pak Lah adalah PM yang paling kurang keluar negara.

lSelepas berbuka puasa semalam di Putrajaya bersama para sahabat, salah seorang sahabat ada membangkitkan katanya Pak Lah adalah PM yang paling kurang keluar negara menarik pelabur. Sahabat yang seorang lagi pula menyatakan apa perlu selalu PM keluar negara? Kerana ia akan hanya membazirkan wang rakyat sahaja.

Kata sahabat itu lagi macam mana Pak Lah nak keluar negara keadaan politik dalam negara yang sering gawat. Malah katanya lagi Anwar lebih banyak keluar negara kalau dibandingkan dengan Pak Lah. Perhubungan Anwar dengan negara luar boleh membawa kegawatan didalam, maknanya Anwar lebih berpengaruh politiknya di luar negara berbanding Pak Lah.
Tetapi kata saya Tun dahulu setiap kali keluar negara dan balik dari luar yang pasti pasaran saham mesti melambung. Itulah kekuatan Tun.


Mat Kedah : Jika peralihan kuasa berlaku dalam masa terdekat mungkin Pak Lah tak sempat nak keluar negara langsung untuk menarik pelabur.

Qari muda harumkan nama Malaysia di Dubai


MUHAMMAD Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin.

Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Mat Kedah : Tidak mustahil satu hari nanti akan ada anak Malaysia dilantik menjadi Imam Masjidil Haram, Makkah. JPM patut pertimbangkan anugerah Datuk kepada Adik Muhammad Ahmad Zahid.

Saturday, September 20, 2008

Najib diharap membawa keyakinan pelabur asing.

Sahabat lama telah SMS saya menyatakan tindakan Pak Lah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib diharap dapat membina keyakinan pelabur dalam dan juga luar. Keyakinan pelabur dalam ialah mereka harap tidak ada lagi pengaruh tingkat 4 yang menjadi 'gate keeper' di JPM katanya. Ramai pelabur dalam negara yang keciwa dengan tingkat 4 dan telah melabur keluar negara kerana merajuk dengan tingkat 4.

Ramai yang sedang memerhati hala tuju kepimpinan Najib sekarang. Diharap Najib akan membawa satu perubahan dan stail kepimpinan yang mantap kerana beliau rajin membaca.


Thursday, September 18, 2008

Tindakan bijak Pak Lah

Tindakan menyerah tugas pertama dengan melantik Najib sebagai Menteri Keewangan oleh Pak Lah adalah satu tindakan bijak. Ini kerana Kementerian Kewangan merupakan nadi sesebuah negara. Biar gawat politik jangan gawat ekonomi. Diharap enam bulan selepas ini Pak Lah akan serah tugas PM pulak pada Najib. Biarlah transisi perubahan ini berlaku dengan cantik, lembut dan lendit. Tetapi jangan sampai 2010 pulak kerana ia terlalu lama.

Selari dengan pengumuman ini Berita di TV3 dan RTM pun semalam mengumumkan Khairy Jamaludin, menantu Pak Lah secara resmi menawar diri untuk berentap sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan UMNO ini. TV3 memberi ruang yang agak panjang kepada Khairy semalam.

Maka akan berlaku lah episod warisan kepimpinan UMNO dipimpin turun-temurun dari anak bekas presiden, cucu bekas presiden, menantu bekas presiden dan selepas ini cicit dan piut.

Mat Kedah : "Wait and see"

Tuesday, September 16, 2008

SMS dari sahabat lama.

Sahabat lama ada SMS semalam yang gusar mungkin blog ini agak keras akhir-akhir ini. Apa pun kerisauan melihat suasana politik sekarang yang seperti telur dihujung tanduk. Mungkin itu jawapannya.

Tarikh peralihan kuasa KEKAL kata Pak Lah. Apa kata anggota parti diperingkat akar umbi pulak?

Tarikh Peralihan Kuasa Kekal, Kata Abdullah

KUALA TERENGGANU, 15 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal pada 2010.

Perdana Menteri berkata pada masa ini, tarikh yang diputuskan sebelum ini masih kekal dan belum ada keputusan baru mengenai tempoh peralihan kuasa tersebut.

"Pada waktu ini belum lagi (buat keputusan baru). Tarikh 2010 kekal kerana itu adalah apa yang diputuskan secara rasmi dulu," katanya selepas majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Abidin di sini malam ini.

Mat Kedah : Itu kata Pak Lah. Apa kata di peringkat Bahagian dan anggota parti? Seperti kenyataan Najib yang serah kepada anggota parti?. Meneropong senario politik semasa, yang nampak sekarang ini ialah ahli-ahli agak sukar dikawal.

Monday, September 15, 2008

Kabinet Pak Lah 'simpang-kalewang"

Ugutan Zaid Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai anggota kabinet kerana tidak bersetuju dengan tindakan ISA keatas Raja petra dan Teresa Kok adalah satu tamparan kepada kepimpinan Pak Lah. Lebih-lebih lagi Zaid adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri 'directly' di bawah Pak Lah.

Apa sudah jadi ni? Bagaimana dan atas dasar apa yang Pak Lah boleh lantik Zaid bertugas di bawah 'ketiak' beliau? Dan sekarang Zaid sudah tikam belakang.


Mat Kedah : Mahyuddin tak selesai datang pulak Zaid Ibrahim. Dan Syed Hamid telah tersinggung dengan kenyataan Zaid itu yang mempersoalkan tindakan rakan dalam kabinet. Sekarang rakyat di bawah sudah pening dengan Menteri-menteri kabinet yang simpang-kalewang semoga sama-sama kita berdoa agar jangan jadi tunggang-langgang. Bila dah masuk gelanggang jenuh bersagang.

Sunday, September 14, 2008

"Pokka-pokka" politik bantai TSMY lagi.

Seperti yang dijangka 'pokka-pokka' politik dalam UMNO hentam TSMY lagi. Di antara komen-komen mereka ialah Azalina Othman yang akan mencecah 2 penggal dilantik dalam kabinet Pak Lah - "nampak tidak molek dan wajar undur diri". Setpol Pak Lah, Alwi Che Mat - "setuju pandangan Zaid Ibrahim, TSMY perlu letak jawatan".

Zin Mohammad, Menteri penuh yang baru dilantik dalam kabinet Pak Lah - "jangan persoal keputusan parti". Norza Zakaria yang dilantik MKT oleh Pak Lah - "perlu segera menarik diri dan letak jawatan". Khaled Nordin, menteri kabinet Pak Lah - "jangan mengeruhkan keadaan". Mahadzir Khalid - AMKT dan bekas MB Kedah yang kantoi - "hormati akar umbi". TS Mohammad Mohd Taib, Ketua Penerangan UMNO dan Menteri yang dihidupkan kembali dalam kabinet Pak Lah - "perkara ini tidak harus diperbesarkan".

Inilah komen-komen tanda kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Pak Lah dan banyak lagi asakkan dari mereka selesa dengan UMNO KINI dan SELAMANYA BIAR BEGINI. Andainya berlaku perubahan, untuk 'survival' politik mereka inilah yang akan tampil selepas subuh menyokong TSMY sebagai Perdana Menteri.

Mat Kedah - Sama-sama kita tunggu, samaada UMNO diubah dari dalam. Jangan sampai UMNO diubah dari luar.

Saturday, September 13, 2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin dah mula kena bantai

Ekoran dari kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin yang menggesa Pak Lah memikir semula jangka masa peralihan kuasa yang terlalu lama nampaknya Tan Sri dah mula kena bantai dari "belatuk-belatuk" politik. MB Negeri Sembilan katanya sakit hati, dukacita dan keciwa. Zaid Ibrahim mendesak TSMY meletak jawatan sebagai menteri kabinet. Ada kata TSMY cuba raih populariti. Syed Hamid kata perbuatan kurang bijaksana.

Walaubagaimanapun TSMY tetap mempertahankan kenyataannya. Jaga-jaga Tan Sri, ini baru permulaan dan sama-sama kita tunggu besok, lusa dan tulat. Alang-alang seluk pengkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah.


Mat Kedah - Harap-harap tindakan TSMY ini akan mengubah lanskap politik UMNO dan Barisan. Sama-sama kita tunggu dan saksikan apa kesudahan episod ini.

Friday, September 12, 2008

Kerajaan sekarang seperti "Kerajaan Tom and Jerry"

(Ihsan Walt Disney Production)
Four PKR leaders going to Taiwan

KUALA LUMPUR: PKR, following close on the heels of the Barisan Nasional backbenchers, will send four of its leaders to Taiwan Friday.

Information chief Tian Chua (Batu MP), strategic director Saifuddin Nasution (Machang MP), election bureau deputy head Fuziah Salleh (Kuantan MP) and supreme council member Low Chee Cheong will be on the 2pm flight.

“We will be staying at the same hotel as the Barisan backbenchers. So we’d probably be having breakfast and going for karaoke together with them,” quipped Tian.
(The Star - 12 Sept 2008)


PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.
(Utusan Malaysia - 12 Sept 2008)

Umno told to strengthen institution of Rulers as protectors of Malays
BERNAMA

The Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, wants Umno to make efforts to strengthen the institution of the Malay rulers to enhance its role as the protector of the people, especially the Malays, and Islam.

“It’s not that we want more power but we need to study (the matter) so that this institution is not humiliated, mocked or belittled by anyone,” he said in an exclusive interview with Khabar Pahang,the state government’s official newspaper.
(News Straits Time - 12 Sept 2008)


Apabila Kerajaan tidak kuat dan lemah, inilah akibatnya. Adegan-adegan menarik seperti kejar-mengejar, suspen, terkejut, hairan, debaran, takut, ngeri, seram, kalut, panik, latah dan kadang-kala terbeliak biji mata. Tak ubah seperti siri kartun Walt Disney yang terkenal "TOM and JERRY". Kerajaan menjadi bahan lucu dan menghiburkan. - Mat Kedah

Thursday, September 11, 2008

Sejarah yang dibuat-buat lupakan.


Toleransi UMNO selamatkan negara - Siew Sin

TUN Tan Siew Sin merupakan salah seorang negarawan bersama- sama dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra yang berusaha menuntut kemerdekaan negara. Beliau merupakan antara pengasas MCA yang turut mempelopori penubuhan parti Perikatan bersama UMNO dan MIC.


Antara kata-kata yang pernah diucapkan Siew Sin kepada Tunku Abdul Rahman ialah: "Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemuliaan dan sikap bertolak-ansur pemimpin-pemimpin UMNO. Lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak-ansur dan berpandangan jauh.


"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keikhlasan yang tidak berbelah-bagi semasa melalui ujian getir itu. Anda telah membuktikannya dengan tindakan anda. Kami semua tidak mampu untuk meminta lebih dari itu.


"Corak kepimpinan anda yang sangat menakjubkan telah menukar pandangan saya dan ramai kaum Cina lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jika bukan kerana anda yang telah memimpin Parti Perikatan dari awal kemerdekaan, sejarah Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia sudah tentu akan berbeza."

Artikel ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, apakah akhbar China yang lain pun siar juga?- Mat Kedah.

Sunday, September 7, 2008

Pengalaman menjadi 'macai' YB

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Utusan Malaysia 7 Sept. 2008

Kenyataan MB Selangor terpanggil untuk saya mengimbau pengalaman sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Penerangan dan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Zam yang bertanggung jawab secara langsung menjaga kawasan Parlimen Merbok.

Seringkali sebagai Ahli parlimen terutama yang menjawat jawatan Menteri atau Timbalan Menteri akan sibuk di peringkat negara. Dan yang menjadi "macai" di kawasan ialah samada Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit atau Pegawai Khas. Ini terpulang siapa yang dilantik oleh YB berkenaan. Kami lah orang yang pertama sampai di lapangan jika berlaku kebakaran, ribut, banjir, tsunami atau mala petaka yang lain.

Kami jugalah orang yang pertama akan berhadapan jika ada rakyat di kawasan miskin, sakit, anak yatim, ibu tunggal, mohon sumbangan persekolahan, mohon PPRT, sumbangan hari raya, sumbangan korban, sumbangan sukan dan berbagai kerenah rakyat. Kami jugalah perisai YB yang pertama jika rakyat maki, marah, hamun dan cerca jika YB tak turun kawasan atau tak nampak batang hidung.

Semua ini akan dibawa ke pengetahuan YB, jika YB bertindak dan memahami masaalah ini kami akan membawa kembali ke pengetahuan rakyat. Dan banyak masaalah selesai. Jika sebaliknya kami "kantoi"seperti "kueh bengkang" kerana YB nak cuci tangan. Kadangkala di dalam keadaan yang terdesak di mana YB lambat bertindak wang saku pun terburai. Harap-harap tunggu 'claim' balik dari YB.

Di dalam kerja-kerja untuk rakyat khasnya macai YB, jangan sekali-kali mengharap sumbangan dan jasa untuk dikenang. Tidak ada istilah kenang budi. Kelak harapan ini berakhir dengan penuh kekeciwaan. Dan jika keciwa macam-macam boleh berlaku dalam politik. Seperti kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa tetapi sekarang ini bukan Melayu pun sudah lupa lebih teruk dari Melayu.

Kesimpulannya memang tepat kenyataan MB Selangor itu. Tunggu pilihanraya baru turun kawasan.

Saturday, September 6, 2008

Puisi Ramadan di kala lapar dan dahaga

MURTABAK DI BULAN MUBARAK

Murtabak itu
sentiasa dipagari manusia
hilang waktu senja
hadir seketika cuma
bagai pintu surau tua
di bulan mubarak.

Murtabak panas dipuja
sejuk terus dilupa
murtabak di bulan mubarak
berkongsi nasib dengan surau tua
penuh hanya seketika
kala mulut Syawal dibuka
kosong semula.

Hujung bulan mubarak
hujung juga nyawa murtabak
jalan ke surau mula bersemak
tauke gedung makin tamak
poket kita nipis banyak.

Surau tua
dan penjual murtabak
hanya tersenyum
tika tiba bulan mubarak.


Zarul Zain
Seri Pagi, Seremban.

Monday, September 1, 2008

Doa buat para sahabat.

Ya Allah ya tuhanku...di ambang RAMADHAN yang barkah ini, muliakanlah dan sayangilah insan yang melawat Blog ini. Bahagiakan keluarga mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatilah rezeki mereka, kuatkan iman mereka. Kurniakanlah kenikmatan beribadah, jauhkan dari fitnah dan mala petaka. Suburkan benih jiwa keislaman dengan penuh rasa kasih sayang kepada mereka agar sentiasa hidup di dalam aman damai di bawah keredzaanmu Ya Allah.
Amin..amin ya rabbal alamin.
Hambamu Mazlan Mahmud.