Monday, March 24, 2008

SEPERTI ITIK BERENANG DALAM KOLAM

Situasi politik semasa sekarang diibarat seperti itik berenang dalam kolam. Kolam nampak tenang tetapi tuhan saja yang tahu di bawah ketenangan itu bagaimana kayuhan kaki itik di bawah sana. Segenap kayu buruk, tayar terbuang dan tali-tali plastik semuanya ada di bawah sana. Tetapi apapun jangan sampai air di dalam kolam tersebut surut kerana jika ini terjadi maka nampaklah segala sampah sarap yang busuk di dasar sana.
Di ketika itu tidak cukup lagi air yang untuk menampung kolam yang kering kontang.