Wednesday, May 14, 2008

Menangani kenaikan harga beras

Menurut kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan rakyat Malaysia mengalami kadar kegemukan yang tinggi sebanyak 21% dan 6.2% obesiti. Dan Melayu merupakan bangsa yang tertinggi jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain.

Jika dibandingkan dengan negara Thailand kadar kegemukan ialah 16% dan kadar obesiti ialah sebanyak 4% manakala negara China pula mengalami kadar kegemukan sebanyak 13.3% dan kadar obesiti sebanyak 2%.

Thailand dan China adalah di antara pengeluar beras yang terbesar di dunia dan kadar obesiti mereka masih rendah, mungkin mereka tidak makan nasi kerana mereka banyak makan 'moy' atau bubur atau porridge atau congee manakala rakyat Malaysia banyak makan nasi.

Menu rutin kebanyakan rakyat Malaysia ialah pagi nasi lemak, tengahari nasi kandar, malam nasi ayam atau nasi goreng. Dan telah menjadi amalan masyarakat Melayu setiap musim cuti pastinya akan ada jemputan kenduri kahwin paling minima 3 kenduri satu hari. Dan menu utama adalah nasi, samada nasi minyak, nasi briyani, nasi hujan panas, nasi daging dan berbagai-bagai nasi lagi.

Sudah sampai masyarakat kita mengubah menu dan cara makan. Mungkin beralih makan moi atau bubur. Segenggam beras boleh di makan 4 atau 5 orang anggota keluarga. Dan kerajaan mungkin boleh mengadakan kempen "Jom Cheak Moi".

No comments: