Tuesday, July 29, 2008

Sahabat lama bertemu kembali demi SEMANGAT MUZAKARAH UMNO DAN PAS.





































Suatu ketika dahulu Datuk Zam merupakan orang yang paling kuat menghentam Pas. Bukan setakat menghentam tetapi pantang melihat mereka yang berkopiah puteh dan hijau pasti akan menyinga. Kini demi kepentingan perpaduan Melayu dan terjemahan semangat muzakarah Pas dan UMNO beliau secara peribadi telah menjemput MB Kedah Dato' Seri Azizan Abd Razak sahabat lama beliau semasa di Maahad Mahmud dan di London dahulu untuk melancarkan buku Ulamak Popular Haji Abdul Rahman Merbok yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada 26 July 2008 di tapak Surau Pekan Merbok jam 9.00 malam.

Semangat dan jalinan keakraban ini terancar jelas di dalam ucapan mereka yang saling hormat menghormati dan sanjung menyanjungi di antara satu sama lain. Sungguh berlainan suasana pada malam itu, jika kita sering dengar ceramah PAS yang berdentum-dentum tetapi ucapan MB pada malam itu terpancar keihlasan beliau.

Turut hadzir majlis pada malam itu ialah Yb Adun Tanjung Dawai (PAS) Dr Hamdan Khalid dan Ketua Pengarah JASA Datuk Amin Hj Salleh.

No comments: