Tuesday, July 22, 2008

Bersedia menghadapi sekali lagi kegawatan.


Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin di dalam wawancara dengan Malaysian Business keluaran 16 Julai menyatakan kebimbangan yang negara akan mengahadapi sekali lagi kegawatan ekonomi yang parah.

Katanya “Hari ini ekonomi Amerika dan Eropah makin menurun. Pengangguran meningkat, bank dalam kegawatan, harga minyak dan komoditi meningkat, situasi semasa tidak memberangsangkan langsung. Kerajaan seharusnya mengingatkan rakyat untuk bersedia menghadapi situasi parah ini.”

“Banyak projek telah dibatalkan, di dalam suasana sekarang kosnya telah meningkat dan jika untuk dipulihkan kembali kos pembinaan akan menjadi tinggi. Pasaran harta-tanah telah meningkat apabila kerajaan memansuhkan cukai keuntungan harta. Harta tanah disekitar KLCC telah meningkat dua dan tiga kali ganda. Ini terdedah kepada pelabur luar yang mempunyai matawang yang kuat untuk membeli."

“Kerajaan harus membentangkan fakta dan angka kepada rakyat. Bersedialah menghadapi gawat. Mereka akan menyokong kerajaan jika mereka dimaklumkan dengan betul dan benar. Tetapi Kerajaan harus ada perancangan untuk menghadapai masa depan dan bagaimana bertindak menghadapi kegawatan.”




No comments: