Thursday, July 31, 2008

Proton Perdana Lwn Mercedez. Volvo di belakang.


Semalam dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur Int Airport untuk mengejar penerbangan ke Kucing, Sarawak saya berselisih dengan kereta Proton Perdana, Perdana Menteri mungkin beliau berkejaran ke majlis rasmi negara.

Adalah kebiasaan kereta Perdana Menteri akan berkonvoi selalunya 'outrider Polis' di hadapan dan di belakang 2 buah kereta keselamatan. Yang menariknya kereta yang mengiringi PM di belakang itu ialah 1 buah Volvo hitam model terbaru pacuan 4 roda yang saya kurang pasti modelnya kerana bukan minat saya.

Tetapi saya kira Volvo yang mengiringi 'escort' kereta PM di belakang adalah lebih mahal dari kereta Proton Perdana yang membawa PM. Yang nilainya mungkin RM300,000 ke Rm400,000 sebuah.

Ulasan : Dengan suasana la..ni semua dah terbalik kuang..kata Mat Kedah.

No comments: