Tuesday, November 18, 2008

Etnik Cina dipilih menteri New Zealand

WELLINGTON: Pansy Wong, 53, ahli Parlimen (MP) keturunan Cina, dilantik Menteri Hal-Ehwal Etnik dan Hal-Ehwal Wanita dalam Kabinet muka baru New Zealand, semalam. Ketika mengulas, beliau menyifatkan pelantikannya sebagai menteri keturunan Asia pertama Kabinet negara itu menunjukkan New Zealand adalah negara yang terbuka dan ada toleransi. Katanya, beliau sentiasa memperjuangkan hak sama rata seperti warga lain di New Zealand dan kemenangannya di Botany, Auckland dan pelantikannya sebagai menteri menghantar mesej itu kepada dunia.

Beliau berharap pencapaiannya akan menjadi contoh kepada golongan minoriti lain. Wong memberi kredit kepada pendidikan, kerja keras dan keyakinan satu sistem nilai yang disemai oleh ibu bapanya sebagai kunci utama kejayaannya. Dilahirkan di Shanghai, keluarganya berpindah ke Hong Kong ketika beliau berusia lima tahun. Pada 1974, ketika berusia 19 tahun, keluarganya berhijrah ke New Zealand selepas bapanya, yang pernah singgah di New Zealand ketika bekerja, mengambil keputusan ia tempat yang bagus untuk membesarkan keluarga.

Wong belajar di Universiti Canterburry dan bertemu dengan suaminya di situ, warga Cina Malaysia, Sammy. Bernama

No comments: