Sunday, June 15, 2008

TDM mula lancar serangan.

Tun Mahathir di dalam blognya amat marah dia atas beberapa kenyataan liar yang dilemparkan di dalam blog menyatakan beliau, isteri dan anak-anaknya ada menyimpan di dalam simpanan tetap di Israeli National Bank , Singapura sebanyak USD199.45 juta dan $S42juta.

Kemarahan ini membuatnya menyerang balik Pak Lah mempersoalkan sama ada pemberaian sebanyak RM1.4 billion di dalam bentuk tunai, saham dan property yang diserahkan semasa meninggalkan jawatan masih di dalam simpanan Pak Lah.

Nampaknya perbalahan Mahathir dan Pak Lah ini tidak akan kehabisan dan telah mula berbangkit sehingga ke periok nasi dan periok belanga (kata org Kedah). Malangnya lagi ia berbangkit di dalam suasana rakyat sedang menghadapi gelora kenaikan harga minyak.

Entah apa lagi peluru yang seterusnya akan dilancar oleh TDM sama-samalah kita tunggu. Minta doa janganlah bom atom atau bom nuclear takut kesannya sampai ke anak cucu cicit.

2 comments:

raveendran nair said...

Saya rasa perang antara PM no 4 dgn PM no 5 akan berlanjutan dan tidak ada kesudahannya. Malah ia akan berterusan apabila Pa Lah sendiri mejadi bekas PM nanti....

Berasaskan analisis dan pemantauan saya, kita sebenarnya hilang banyak pelabur yang pada asalnya setuju nak melabur kat Malaysia tetapi dalam masa sehari mereka tukar angin dan kebanyakannya hendak melabur di Singapura. Kemungkinan besar strategi Singapura yang menggunakan PM no 1 untuk menarik pelabur lebih meyakinkan daripada strategi kita yang lebih banyak menggunakan kakitangan perkhidmatan awam di mana kuasa kakitangan perkhidmatan awam untuk mengambil keputusan adalah terhad.

Apakah kegagalan PM no.5 melantik PM no.4 sebagai ketua untuk membawa masuk pelaburan ke dalam negara satu kesilapan?

Dalam konteks Malaysia, selagi seseorang itu berkuasa, dia dipuja tetapi selepas tidak berkuasa, dia tidak dihiraukan, apakah ini satu kegagalan kita rakyat Malaysia dalam menghargai sumbangan pemimpin lepas?

Saya berpendapat, kia patut melantik PM no.4 untuk menjalankan kerja-kerja untuk meyakinkan para pelabur untuk datang melabur dalam negara ataupun sekurang-kurangnya kita promote dia untuk bercakap diperingkat antarabangsa dalam isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal antarabangsa tetapi kita tidak berbuat sedemikian dan sekarang dia hentam sekuat-kuatnya upama bom nuklear dan kecaman beliau tetap ada kesan untuk jangka waktu pendek dan panjang.

Apa pandangan Encik Mazlan?

Mazlan, said...

Sdr Raveen,
Beberapa aspek pandangan saudara saya setuju, tetapi untuk duduk berbincang dan melantik PM4 bukan satu perkara mudah kerana piawaian nya terlalu tinggi.
Berbezaaan pendapat memang lumrah kepada mana-mana pemimpin tetapi yang mengeciwakan ialah perkara-perkara peribadi yang sepatutnya telah selesai "within the 4 wall" telah diungkit dan dibangkitan kembali seperti tidak matang.

Kita yang di bawah amat sukar memahami....