Friday, June 27, 2008

Macam-Macam: Sekolah ditutup sementara kerana ada kelibat 'ninja'

NEW JERSEY: Sebuah sekolah rendah awam di Barnegat, New Jersey, Amerika Syarikat, terpaksa ditutup sementara selepas seseorang melaporkan dia melihat kelibat 'ninja' berlari di dalam hutan di belakang sekolah itu sehingga menimbulkan keadaan cemas di kalangan penghuni sekolah terbabit. Polis yang dilaporkan mengenai kemunculan ninja itu segera menjalankan siasatan. Bagaimanapun, siasatan mendapati ninja itu bukanlah pengganas sebaliknya adalah kaunselor kem yang berpakaian karate hitam dan membawa pedang plastik. Polis berkata, lelaki itu berlari dengan pakaian berkenaan di dalam hutan kerana sudah terlambat untuk menghadiri parti pakaian kostum di sekolah menengah berhampiran. - Agensi

No comments: