Sunday, June 1, 2008

Cabaran membina generasi hari ini

Apabila seseorang muslim itu meninggal maka terputuslah ia dari segala perhubungan di dunia ini, kecuali hanya 3 perkara iaitu :
a) Sedekah dan jariah
b) Ilmu yang di manafaatkan
c) Anak yang soleh

Tiga hari bersama himpunan Keluarga Hj Othman dan Hajjah Om (merupakan himpunan yang ke 11) membawa kesedaran yang cukup mendalam betapa mencabarnya membina anak yang soleh atau generasi yang soleh. Bukan satu usaha yang mudah untuk menghimpun keluarga yang besar seperti ini, hendak pula apabila ianya diadakan setiap tahun.

"Kita sedang melatih generasi ketiga untuk menguruskan himpunan keluarga ini tahun hadapan" kata pengerusinya Prof. Emeritus Dato' Dr Abdul Halim Othman.

Kejayaan ini hanya akan dapat dicapai jika setiap ahli keluarga dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang sesama ahli keluarga, itu lah fomulanya.

Daripada anak yang soleh maka lahirlah cucu yang soleh, cicit yang soleh dan seterusnya generasi yang soleh.

No comments: