Ekoran dari kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin yang menggesa Pak Lah memikir semula jangka masa peralihan kuasa yang terlalu lama nampaknya Tan Sri dah mula kena bantai dari "belatuk-belatuk" politik. MB Negeri Sembilan katanya sakit hati, dukacita dan keciwa. Zaid Ibrahim mendesak TSMY meletak jawatan sebagai menteri kabinet. Ada kata TSMY cuba raih populariti. Syed Hamid kata perbuatan kurang bijaksana.
Walaubagaimanapun TSMY tetap mempertahankan kenyataannya. Jaga-jaga Tan Sri, ini baru permulaan dan sama-sama kita tunggu besok, lusa dan tulat. Alang-alang seluk pengkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah.
Mat Kedah - Harap-harap tindakan TSMY ini akan mengubah lanskap politik UMNO dan Barisan. Sama-sama kita tunggu dan saksikan apa kesudahan episod ini.
2 comments:
Sdr Anak Mahmud,
Berani kerana benar.
Takut kerana salah.
Macam rotan ada onar.
Luka terhiris mula membelah.
Berani buat berani tanggung.
Kritik pedas panas telinga.
Pedih hati tidak tertanggung.
Langkah pantas suara bergema.
Sdr DIY,
"UMNO...BERUBAHLAH. SEBELUM KITA DIUBAH" Kalau kita diubah nak bangkit semula hanya sejarah sahaja yang mengajar kita.
Post a Comment