Thursday, September 11, 2008

Sejarah yang dibuat-buat lupakan.


Toleransi UMNO selamatkan negara - Siew Sin

TUN Tan Siew Sin merupakan salah seorang negarawan bersama- sama dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra yang berusaha menuntut kemerdekaan negara. Beliau merupakan antara pengasas MCA yang turut mempelopori penubuhan parti Perikatan bersama UMNO dan MIC.


Antara kata-kata yang pernah diucapkan Siew Sin kepada Tunku Abdul Rahman ialah: "Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemuliaan dan sikap bertolak-ansur pemimpin-pemimpin UMNO. Lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak-ansur dan berpandangan jauh.


"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keikhlasan yang tidak berbelah-bagi semasa melalui ujian getir itu. Anda telah membuktikannya dengan tindakan anda. Kami semua tidak mampu untuk meminta lebih dari itu.


"Corak kepimpinan anda yang sangat menakjubkan telah menukar pandangan saya dan ramai kaum Cina lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jika bukan kerana anda yang telah memimpin Parti Perikatan dari awal kemerdekaan, sejarah Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia sudah tentu akan berbeza."

Artikel ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, apakah akhbar China yang lain pun siar juga?- Mat Kedah.

No comments: