Tuesday, September 16, 2008

SMS dari sahabat lama.

Sahabat lama ada SMS semalam yang gusar mungkin blog ini agak keras akhir-akhir ini. Apa pun kerisauan melihat suasana politik sekarang yang seperti telur dihujung tanduk. Mungkin itu jawapannya.

2 comments:

raveendran nair said...

Apa khabar Encik Mazlan, harap sihat walafiat. Terus terang ingin menyatakan, tulisan anda tidak keras tetapi bercakap tentang pandangan anda terhadap perkembangan semasa. Bahasa anda tidak kasar tetapi menyampaikan persoalan yang terbuku di hati masyarakat. Tidak semestinya semua pembaca bersetuju dengan pandangan anda tetapi kita mesti "bersetuju untuk tidak bersetuju" dan mesti menghormati pandangan tersebut walaupun kita tidak bersetuju. Teruskan menulis apa yang terbuku di hati.

Mazlan, said...

Sdr Raveen,
Terima kasih di atas pandangan ikhlas saudara. Nampaknya saudara amat memahami jiwa nurani saya.Pandangan dan teguran saya adalah dari akar umbi yang saya temui mereka di bawah. Saya menghormati mereka dari yang menjaga tandas komplek sehingga yang bersebelahan saya duduk di kelas pertama dalam kapalterbang.
Saya akan teruskan memberi pandangan dan suara akar umbi.