Sunday, September 7, 2008

Pengalaman menjadi 'macai' YB

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Utusan Malaysia 7 Sept. 2008

Kenyataan MB Selangor terpanggil untuk saya mengimbau pengalaman sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Penerangan dan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Zam yang bertanggung jawab secara langsung menjaga kawasan Parlimen Merbok.

Seringkali sebagai Ahli parlimen terutama yang menjawat jawatan Menteri atau Timbalan Menteri akan sibuk di peringkat negara. Dan yang menjadi "macai" di kawasan ialah samada Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit atau Pegawai Khas. Ini terpulang siapa yang dilantik oleh YB berkenaan. Kami lah orang yang pertama sampai di lapangan jika berlaku kebakaran, ribut, banjir, tsunami atau mala petaka yang lain.

Kami jugalah orang yang pertama akan berhadapan jika ada rakyat di kawasan miskin, sakit, anak yatim, ibu tunggal, mohon sumbangan persekolahan, mohon PPRT, sumbangan hari raya, sumbangan korban, sumbangan sukan dan berbagai kerenah rakyat. Kami jugalah perisai YB yang pertama jika rakyat maki, marah, hamun dan cerca jika YB tak turun kawasan atau tak nampak batang hidung.

Semua ini akan dibawa ke pengetahuan YB, jika YB bertindak dan memahami masaalah ini kami akan membawa kembali ke pengetahuan rakyat. Dan banyak masaalah selesai. Jika sebaliknya kami "kantoi"seperti "kueh bengkang" kerana YB nak cuci tangan. Kadangkala di dalam keadaan yang terdesak di mana YB lambat bertindak wang saku pun terburai. Harap-harap tunggu 'claim' balik dari YB.

Di dalam kerja-kerja untuk rakyat khasnya macai YB, jangan sekali-kali mengharap sumbangan dan jasa untuk dikenang. Tidak ada istilah kenang budi. Kelak harapan ini berakhir dengan penuh kekeciwaan. Dan jika keciwa macam-macam boleh berlaku dalam politik. Seperti kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa tetapi sekarang ini bukan Melayu pun sudah lupa lebih teruk dari Melayu.

Kesimpulannya memang tepat kenyataan MB Selangor itu. Tunggu pilihanraya baru turun kawasan.

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Anak Mahmud,

Kueh bengkang sedap dimakan. Satu lagi, kuih tahi itik, nampak pelik tetapi sedap. Apa pun jangan jadi kuih kerana sering dimakan orang termasuk oleh YB atau Menteri.

Mazlan, said...

Itu lah nasib. Kalau di Kedah jadi daun 'Karapolay' atau daun kari. Lepas ditumis dibuang saja.