Thursday, July 24, 2008

Proton Perdana V6 lawan Mercedez E200 compressor


PUTRAJAYA 23 Julai – Kabinet tidak membenarkan kerajaan negeri Terengganu menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, apabila isu pembelian 14 buah kereta Mercedes itu ditimbulkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Kabinet mahu kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sedia ada.
Ulasan: Mana boleh lawan Merz dan Proton. Proton kena digandingkan dengan Toyota atau Honda atau Nissan atau Kia dan cuba bandingkan "maintenance cost" baru kena tempat dia. Jadi semua exco kena pakai kereta Jepun baru jimat. Proton yang berumor 6 bulan dah bermasaalah dengan "power window", pintu dan menurut sahabat setia Proton lagi satu masaalah yang kerap berlaku ialah sistem wiring yang selalu short circuit. Bila ini berlaku bateri kerap "kong" lampu bernyala dan alarm bunyi tak tentu pasal. "Kalau nak senarai kekeciwaan aku langsung tak beli Proton kereta Nasional negara." Kata sahabat itu lagi.


No comments: