Thursday, July 24, 2008

Inflasi tinggi 7.7%.Menteri pun mengaku harga barang naik, apa dah jadi?

Dengan bangganya Pak Menteri umum indek harga pengguna naik 7.7%

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata peningkatan IHP disebabkan kenaikan indeks makanan, minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas, kesihatan, pengangkutan, pendidikan, restoran, hotel dan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Katanya, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan lalu meningkat 10 peratus dan bukan makanan naik 6.7 peratus.

"Kenaikan disebabkan peningkatan harga barangan keperluan seperti beras, roti, susu, sayuran, daging dan ikan. Ini juga berpunca daripada ketidakcekapan sistem pengedaran barangan keperluan harian subsidi tidak sampai kepada pengguna di kawasan luar bandar," katanya pada sidang media bagi mengumumkan data itu di pejabatnya, di sini semalam.

Shahrir berkata, kelemahan sistem pengedaran menyebabkan harga barang keperluan seperti tepung gandum biasa, beras Super Special Tempatan (SST) 15 peratus hancur, minyak masak di kawasan luar bandar meningkat. "Saya sering mendapat aduan bahan makanan subsidi sukar diperoleh dan jika ada pun cepat habis. Ini biasanya berlaku di luar bandar akibat sistem pengedaran di semua peringkat hingga kepada peniaga," katanya.

ULASAN: Kalau dah Pak Menteri sendiri mengaku kenaikan harga barang utama dan lebih buruk di kampung-kampung apa tindakan yang diambil? Dah lama sangat rakyat dengar macam-macam tindakan hendak diambil. Baru sekarang mengaku. Entah apa nak jadi dengan pentadbiran ekonomi kita ni? Di salahkan dengan sisitem pengedaran pulak....Jangan cakap tak serupa bikin.

No comments: