Minyak oh Minyak!> Minyak oh Minyak>> Minyak naik lagi> Kenaikan paling tinggi> Semua letak tangan di dahi> Kecuali ahli keluarga Badawi> Dah tau naik minyak awai-awai lagi> Mereka beli berjuta-juta saham TNB> Kalau TNB naik seringgit pun jadi> Buat duit dalam masa tiga hari>> Minyak naik tak terasa pak menteri> Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi> Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali> Begitu juga dengan mereka punya isteri> Ada driver mai ambik setiap hari> Siap dengan bodyguard ke mana pergi> Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi> Dan mereka akan shopping di luar negeri> Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni> Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci> Naik flight first class bukan kelas ekonomi>> Menteri kata tak boleh elak lagi> Kerajaan terpaksa menanggung rugi> Sebab tak tahan nak bagi subsidi> Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc> Gila punya cadangan wahai pak menteri> Depa lah patut berjimat awal-awal lagi> Cuba depa bawa kereta depa sendiri> Depa cuba ikut Umar atau cara nabi> Kurangkan program majlis rasmi> Majlis makan malam makan roti cicah kari> Sedap jugak sehingga menjilat jari> Tak payah udang besar atau mutton beriyani> Kurangkan impot artis luar negeri> Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari> Kurangkan jalan-jalan luar negeri> Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri> Tak payah impot tiles dan perabut dari Itali>> You all buat dulu baru bagi tau rakyat> Jangan suruh rakyat berjimat cermat> Tapi hangpa perangai macam taukua sumbat> Pandai cakap tapi tak pernah buat> Perut mereka di kampung telah lama diikat> Makan ala-kadar paling mewah air sarbat>
1 comment:
betoi jugak apa yang abang lan cakap tu.....................
depa suruh rakyat berjimat tapi depa tak pernah nak berjimat pon
Post a Comment