Sunday, October 26, 2008

Umno tidak serius menangani politik wang.

Setiapkali musim pemilihan akan kita dengar sogokan wang oleh calun-calun yang ingin bertanding dalam UMNO. Ribuan malahan jutaan ringgit dibelanjakan untuk mendapat kedudukan dan kuasa dalam UMNO.

Pesalah-pesalah rasuah politik ini akhirnya hanya berhadapan dengan Jawatankuasa disiplin UMNO sahaja. Hukuman maksima yang dikenakan ialah gantung keahlian atau pemecatan sebagai ahli.

Sejauh mana UMNO serius menangani Rasuah Politik ini? Jika UMNO benar-benar serius mahu membenteras politik wang, seharusnya mereka yang disyaki terlibat dihadapkan ke mahkamah dan jika didapati bersalah mereka ini dikenakan hukuman setimpal dengan pesalah-pesalah rasuah yang lain.

3 comments:

Anonymous said...

BUNGARAYA menyampok,
Setuju dengan tajuk anda bahawa Pemimpin UMNO tidak serius dalam mengendalikan masalah politik wang dalam UMNO. Mereka hanya bersuara tapi tidak serius dalam menghapuskannya. Jika benar mereka serius, masalah ini sangat senang untuk diatasi. Kenapa mereka takut untuk mengambil sebarang tindakan yang drastik dan sedikit berani. Umapamanya memecat keahlian mereka yang mengamalkabn politik wang itu. Atau jika denda hendaklah tinggi nilainya. Atau ujudkan sebuah penjara khas untuk ahli UMNO yang terbukti mengamalkan politik wang ini. Anggaplah ini satu keperluan demi survival perjuangan bangsa melayu.

Anonymous said...

BUNGARAYA menyampok,
saya setuju 100% dengan pandangan anda. Cuba berikan kaedah tentang bagaimana tindakan yang harus diambil kepada Pemimpin UMNO yang main Politik Wang ini?

Mazlan, said...

Bunga Raya,
Kita telah berpengalaman menangani kes-kes rasuah profil tinggi. Saya kira kaedahnya telah ada cuma kesungguhannya sahaja yang tidak ada.
Rais Yatim apabila menyuarakan hal ini juga bimbang cadangannya akan menjadi tidak popular terutamanya yang cenderung kepada budaya ugutan dan politik wang.
Apa mesejnya ini?