Indeks Persepsi Rasuah Malaysia membimbangkan.
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.
‘‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan walaupun jumlahnya tidak begitu rendah,’’ katanya ketika membentangkan laporan indeks berkenaan pada Forum Terbuka Indeks Integriti, Akauntabiliti dan Penandaarasan di IIM di sini hari ini.
Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.
Mohd. Tap seterusnya berkata, kajian berkenaan melibatkan 14,967 responden dengan 67 peratus atau 10,023 adalah isi rumah, 26.9 peratus atau 4,031 adalah penjawat awam dan 913 atau 6.1 peratus adalah pertubuhan ekonomi.
‘‘Sejumlah 53.9 peratus responden juga mengatakan tahap amalan rasuah dalam negara adalah tinggi.
‘‘Hanya 58.2 peratus daripada keseluruhan responden pula mengatakan langkah-langkah pencegahan rasuah adalah berkesan,’’ katanya.
Tambah beliau, perbandingan antara penjawat awam menunjukkan bahawa kefahaman mengenai rasuah di kalangan warga pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah lebih rendah berbanding dengan lain-lain jabatan dan agensi kerajaan.
Katanya, antara faktor yang mempengaruhi indeks persepsi rasuah ialah kemunculan kes berprofil tinggi sewaktu kajian dibuat dan keprihatinan masyarakat mengenai kes rasuah terutamanya melalui Internet.

No comments:
Post a Comment