Friday, October 31, 2008

Mukhriz Nak Bertanding, Mokhzani Buat Duit.


Kencana unit wins RM830mil job

KUALA LUMPUR: Kencana Petroleum Bhd’s 60%-owned subsidiary Kencana Mermaid Drilling Sdn Bhd has clinched a contract worth about US$235mil.

Kencana said in a filing with Bursa Malaysia the contract was awarded by Petronas Carigali Sdn Bhd for the provision of offshore drilling services.

The contract is expected to commence by the fourth quarter of next year and has a primary period of five years with extension options for up five more years.

Tuesday, October 28, 2008

Kesan Dari Buta Sejarah.

Kediaman pejuang merdeka diroboh
Oleh Mohd Feroz Abu Bakarferoz@bharian.com.my

GOPENG: Penduduk Kampung Changkat Tualang, dekat sini, kira-kira 40 kilometer dari Ipoh terkilan kerana kerajaan Perak tidak berusaha mengekal dan memulihara rumah kelahiran pejuang kemerdekaan, Dr Burhanuddin al-Helmi hingga dirobohkan keluarganya, Ramadan lalu. Penduduk kampung berkenaan, Ibrahim MS Ahmad, 50, berkata Dr Burhanuddin adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada pertengahan 1940-an. Katanya, rumah berkenaan pernah didiami adik Dr Burhanuddin, Sayuti Mohd Noor sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.

"Anak dan cucu Dr Burhanuddin tinggal di Lembah Klang dan rumah kelahiran Allahyarham ini rosak kerana sudah tiada penghuni hampir 10 tahun lalu. "Saya berharap tapak rumah ini dijadikan warisan sejarah dan kalau boleh, binaan asalnya didirikan semula sebagai tarikan pelancong. "Saya menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempertimbang cadangan ini kerana Dr Burhanuddin adalah tokoh penting dalam sejarah politik negara," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga patut mengambil inisiatif menamakan jalan di Ipoh atau Gopeng dengan nama Dr Burhanuddin. Katanya, jika kawasan perumahan di ibu negara, iaitu Taman Tun Dr Ismail mempunyai Jalan Burhanuddin Helmi, tiada sebab Perak yang melahirkan tokoh berkenaan juga patut mempunyai nama jalan yang serupa. Sekitar 1946, Dr Burhanuddin memimpin PKMM manakala sayap wanita PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dipimpin oleh Allahyarhamah Shamsiah Fakeh. Selain Shamsiah, antara tokoh politik lain yang seangkatan dengan Dr Burhanuddin ialah Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan Onn Jaafar (pengasas Umno).

Syabas Dato' Seri Rais Yatim!

Menteri Luar Datuk, Seri Dr Rais Yatim, menyarankan Umno menyerahkan siasatan kes itu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau badan lain yang bertauliah kerana Lembaga Disiplin parti tidak mempunyai prasarana mencukupi untuk mengendalikannya secara berkesan. "Parti kita belum lagi nampak mampu menangani gejala seperti budaya ugutan, politik wang dan beberapa amalan buruk lain yang boleh menghancurkan Umno.


"Tapi saya sedar cadangan saya ini mungkin tidak dapat diterima banyak pihak, terutama yang cenderung kepada budaya ugutan dan politik wang. Namun, Umno perlu naik setapak lagi untuk menjadi lebih matang, jika tidak saya berani meramalkan parti ini menuju ke arah kehancurannya," katanya. Rais bagaimanapun yakin Abdullah dan Najib mampu menangani gejala itu jika kesepakatan untuk merubahnya dicapai di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan dipanjangkan ke peringkat akar umbi.

Sunday, October 26, 2008

Umno tidak serius menangani politik wang.

Setiapkali musim pemilihan akan kita dengar sogokan wang oleh calun-calun yang ingin bertanding dalam UMNO. Ribuan malahan jutaan ringgit dibelanjakan untuk mendapat kedudukan dan kuasa dalam UMNO.

Pesalah-pesalah rasuah politik ini akhirnya hanya berhadapan dengan Jawatankuasa disiplin UMNO sahaja. Hukuman maksima yang dikenakan ialah gantung keahlian atau pemecatan sebagai ahli.

Sejauh mana UMNO serius menangani Rasuah Politik ini? Jika UMNO benar-benar serius mahu membenteras politik wang, seharusnya mereka yang disyaki terlibat dihadapkan ke mahkamah dan jika didapati bersalah mereka ini dikenakan hukuman setimpal dengan pesalah-pesalah rasuah yang lain.

Friday, October 24, 2008

RASUAH POLITIK AMAT PARAH

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia membimbangkan.

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.

‘‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan walaupun jumlahnya tidak begitu rendah,’’ katanya ketika membentangkan laporan indeks berkenaan pada Forum Terbuka Indeks Integriti, Akauntabiliti dan Penandaarasan di IIM di sini hari ini.

Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.

Mohd. Tap seterusnya berkata, kajian berkenaan melibatkan 14,967 responden dengan 67 peratus atau 10,023 adalah isi rumah, 26.9 peratus atau 4,031 adalah penjawat awam dan 913 atau 6.1 peratus adalah pertubuhan ekonomi.

‘‘Sejumlah 53.9 peratus responden juga mengatakan tahap amalan rasuah dalam negara adalah tinggi.

‘‘Hanya 58.2 peratus daripada keseluruhan responden pula mengatakan langkah-langkah pencegahan rasuah adalah berkesan,’’ katanya.

Tambah beliau, perbandingan antara penjawat awam menunjukkan bahawa kefahaman mengenai rasuah di kalangan warga pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah lebih rendah berbanding dengan lain-lain jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya, antara faktor yang mempengaruhi indeks persepsi rasuah ialah kemunculan kes berprofil tinggi sewaktu kajian dibuat dan keprihatinan masyarakat mengenai kes rasuah terutamanya melalui Internet.

Thursday, October 16, 2008

Bahana Pencemaran.

Inilah Bahana pencemaran yang terlalu serius sehingga ikan Paus pun boleh mati tertelan plastik di persisir pantai Nenasi, Pekan, Pahang. Angkara dari pengotor dan pencemar yang membuang sampah merata-rata, bayangkan kalau manusia?.

Tertelan plastik punca ikan paus mati

PEKAN: Saluran usus tersumbat plastik sampah dipercayai punca utama ikan paus spesies Bryde's Whale yang ditemui terdampar di pesisir pantai Kuala Nenasi, di sini, mati, kelmarin. Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu, Mohd Lazim Mohd Saif, berkata turut ditemui dalam usus mamalia berkenaan ialah penutup botol minuman dan segumpal tali nilon. Katanya, beliau bersama sepasukan empat penyelidik Makmal Veterinar Kuantan melakukan pembedahan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian ikan paus betina itu.

Ikan paus berukuran 10 meter panjang dan berat lebih tiga tan itu menelan plastik hitam yang disangka hidupan laut yang boleh dimakan, katanya. "Mamalia berkenaan yang dikategorikan anak paus gagal membezakan antara hidupan laut dan bahan buangan sehingga menyebabkan ia makan plastik hitam yang biasa digunakan untuk mengisi sampah. "Perbuatan membuang sampah ke laut oleh pihak tidak bertanggungjawab menjadi antara punca hidupan laut seperti ikan paus, penyu dan dugong mati," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, selain saluran usus tersumbat, pihaknya mengesan kecederaan bahagian muncung ikan paus berkenaan dipercayai terkena batu karang. Mohd Lazim berkata, akibat terlalu lemah, ikan paus berkenaan dihanyutkan arus air pasang ke Kuala Nenasi. Ketika ditemui kali kedua terdampar di Kuala Nenasi kelmarin, anak ikan paus berkenaan sudah terlalu lemah dan banyak kesan melecur pada bahagian badannya yang disebabkan cuaca panas. "Bangkai ikan paus berkenaan ditarik menggunakan bot nelayan ke kawasan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Nenasi, malam tadi (kelmarin) sebelum ditanam di kawasan Kampung Nenasi.

"Banyak maklumat baru dan terkini diperoleh mengenai ikan paus spesis Bryde's Whale yang kali terakhir ditemui di Sabah tahun lalu," katanya. Mohd Lazim berkata, Tumec akan mengambil rangka ikan paus itu dalam tempoh antara sebulan hingga dua bulan selepas ditanam apabila semua daging mamalia berkenaan reput sepenuhnya untuk tujuan kajian dan pameran. Rangka ikan paus itu akan dipamerkan di bilik pameran Tumec sebagai usaha kesedaran dan pengetahuan pengunjung. Bagi memastikan rangka mamalia berkenaan tidak dicuri pihak tidak bertanggungjawab, pihaknya mendapat kerjasama polis Nenasi untuk melakukan rondaan. "Saya sudah mengadakan pertemuan dengan ketua kampung dan penduduk Kampung Nenasi, untuk bekerjasama mengawasi rangka ikan paus berkenaan. "Tanpa kerjasama, usaha memiliki rangka mamalia berkenaan tidak akan menjadi kenyataan," katanya.


Sementara itu, Berita Harian difahamkan keputusan siasatan oleh penyelidik makmal veterinar Kuantan akan dapat diketahui dalam tempoh satu hingga dua minggu. Contoh beberapa bahagian mamalia berkenaan yang diambil akan dianalisis di makmal bagi mengetahui punca lain yang menyebabkan mamalia berkenaan mati.

Friday, October 10, 2008

Mahathir Tak Habis-habis hentak Pak Lah

Nampaknya Tun Mahathir tak habis-habis desak Pak Lah berdiam pulak. Apalah yang marah sangat Tun pada Mr Clean ni? Kata Tok Mat @ Mohamad Rahmat " selagi belum sampai tarikh Mac 2009, Pak Lah adalah Perdana Menteri dan Presiden UMNO, justru beliau berhak bercakap dan menjalankan tugas".
Inilah pemimpin yang ada. Apabila bersyarah suruh Melayu bersatu. Dendam kesumat tak habis-habis. Sepatutnya dalam bulan Syawal sesama kita bermaaf-maafan.

Mat Kedah : Kajian mendapati penyakit murung, stress dan kesunyian adalah penyakit yang kedua tertinggi selepas penyakit jantung pada tahun 2020. Kubur Kata Mari, Dunia Kata Pergi.

MENGAPA MEREKA BERTANDING DALAM PEMILIHAN UMNO? Bahagian 2

Mengapa mereka bertanding ?

a) Membawa aspirasi golongan belia negara ini - Ismail Sabri Yaakob @ Bapa Daffi calun MT
b) Mengambil kira pengalaman politik selama 25 tahun dan 13 tahun menjadi wakil rakyat - Hassan Malik calun MT
c) Berdasarkan kemampuan dan naik setingkat bukan melompat - Shafie Afdal
d) Kerana kekosongan jawatan Tim Presiden dan membantu Presiden "MEMPERKASAKAN" dan "MEMULIHKAN" kekuatan UMNO - Mohd Taib calun Tim Presiden


Mat Kedah : Masuk Bakul Angkat sendiri.

Thursday, October 9, 2008

MENGAPA MEREKA BERTANDING DALAM PEMILIHAN UMNO? Bahagian Pertama

Semakin ramai nak bertanding dalam pemilihan UMNO ini. Marilah kita kaji mengapa, kenapa dan atas sebab apa mereka nak bertanding?

a)Merasa diri layak dan permintaan akar umbi, patut naik ke Timbalan Presiden - Zahid Hamidi
b) Menegak landasan Islam dan rasa diri layak dinaikan ke Naib Presiden - Shahidan Kassim
c) Sekarang dah Naib Presiden patut naik ke Timbalan Presiden - Ali Rustam
d) Suara dan wakil generasi muda serta layak ke Timbalan Presiden - Nur Jazlan Mohd Rahmat
e) Membela nasib org Melayu yang terumbang ambing serta layak bertanding Presiden -Tengku Razaleigh.
f) Yakin dapat pencalunan yang cukup untuk bertanding Ketua Pemuda - Mukhriz Mahathir
g) Rakan-rakan minta bertanding Naib Ketua Pemuda - Reezal Marican
h) Atas kekuatan diri sendiri dan layak bertanding Ketua Pemuda - Khairy Jamaludin
i) Terkejut dengan keutusan pilihanraya lepas dan tawar diri untuk Naib Ketua Pemuda - Razali Ibrahim
j) Mewakili Pemuda dan memulih persepsi masyarakat kepada pemuda dan layak bertanding MT - Norza Zakaria.


Mat Kedah : Apa pun...kata pepatah Inggeris "In any crisis there is always an opportunity". Masa nak bertanding macam-macam janji dan mulut manis. Bila dah menang jadi bongkak dan kampoi projek. Tunggu dan lihat.

Sunday, October 5, 2008

Jong Pecah Yu Kenyang

Makin ramai umum menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Yang terbaru Shahidan Kassim mengumumkan untuk bertanding Naib Presiden secara terbuka di Kelantan seperti yang disiarkan oleh Bulletin Utama TV3 semalam.

Shahidan juga menyatakan sokongan terbuka kepada Zahid Hamidi untuk pencalunan Timbalan Presiden. Mungkin Zahid harus berhati-hati kerana kadang-kadang sokongan membawa rebah.

Dalam masa yang sama Tun Mahathir menasihatkan agar sesiapa yang ingin bertanding jangan main kotor, kilas tangan atau tarik projek.

Mat Kedah : Kami yang di bawah sedang tunggu dan lihat. JONG PECAH YU KENYANG..

Saturday, October 4, 2008

Calun-calun yang ingin bertanding mesti ada index prestasi

Majlis-majlis terbuka Hari Raya telah menjadi majlis mengumumkan untuk menawar diri untuk bertanding merebut jawatan-jawatan dalam parti. Masing-masing masuk dalam bakul sendiri dan cuba mengangkat bakul masing-masing. Kata yang ampunya diri dialah yang paling layak di antara yang tidak layak. Pengumuman dibuat dengan harapan mendapat pencalunan dari bahagian-bahagian, bila kuota pencalunan cukup barulah mereka layak. Perlumbaan mendapat pencalunan pun bukan satu usaha yang mudah, gurka-gurka harus bekerja kuat untuk memastikan tuan masing-masing dicalun.

Yang anehnya siapakah yang menilai kelayakan, track rekod, prestasi, jasa, kebolehan, calun-calun tersebut?

Mat Kedah : Seharusnya diadakan index prestasi calun-calun bukannya banyak mana duit mereka ada. Kalau dah rekod prestasi yang lepas semuanya MERAH jangan la dok kacau daun.