Sunday, April 27, 2008

Jangan main main dengan Keris!

Hakikatnya hari ini semua pihak terpaksa tunduk dengan kedaulatan dan aura Keris Melayu. Pesanan orang yang terdahulu, jangan sembarangan menyarung dan menghunus keris. Ada cara dan tertibnya. Jika tidak kena cara dan tertib akibatnya buruk kelak. Adalah syirik jika kita mempercayai keris itu ada hikmat, penunggu atau sakti. Tetapi keris adalah senjata Melayu yang memiliki auranya yang tersendiri.

Keris tidak harus disamakan dengan pisau, golok, parang,kapak atau pedang samurai. Tidak pernah lagi keris digunakan untuk mengupas buah, memotong sayur, memangkas ranting pokok atau memotong daging. Dan kalau nak dibuat potong sayur atau buah pun memang sukar kerana ia berlekok-lekok.

Hari ini keris telah menjadi alat untuk pengaruh politik. Apabila keris diperalatkan akibatnya UMNO dan Barisan Nasional telah kalah diberapa negeri. Ini diakui oleh DS Hishamuddin Tun Husein sehingga beliau terpaksa meminta maaf kerana menghunus dan mengucup keris salah pada tempatnya. Aura keris telah membangkitkan ketakutan kepada masyarakat bukan Melayu.

Implikasi yang lebih mendalam ialah kuasa Melayu semakin pudar di bumi Malaysia ini. Melayu tidak lagi mampu menyekat ladang Babi yang bernilai RM100 juta di Selangor dan Dasar Ekonomi Melayu mula dicabar di Pulau Pinang.

Berdoalah kita kepada allah agar memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

3 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Mazlan,

Jika orang memberi kita keris sebagai cenderahati, kita perlu memberi mereka duit siling kepada penyampainya tidak kiralah sepuluh atau dua puluh sen. Pelik tetapi itulah yang diamalkan selama ini.

Apabila ingin mencabut keris, sarung dipegang kuat dan tariklah keris keluar. Bukan tarik keris keatas dan sarung ke bawah, akibatnya perut boleh bocor dan kecundang.

Itulah, jangan bermain keris jika tidak pandai bersilah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mazlan,

Maksud saya...bersilat bukan bersilah. Kalau tidak pandai bersilat, kita bolehlah bersila.

catchmazlan said...

Saudara Ibrahim,
Amalan yang sauadara cakap tu, bukan setakat keris sahaja teapi untuk semua cenderahati yang berbentuk pisau atau senjata.
Tetapi amalan itu bukan amalan orang-orang melayu atau Islam. Tetapi amalan mat salleh dari turun-temurun.
Dan satu lagi apabila memakai keris di pinggang,hulunya hendaklah ke dalam bukan keluar. Kalau hulunya dihala keluar itu bermaksanya kita mencabar lawan utuk berentap.