Sunday, June 29, 2008

Satu Billion pelanggan.

Peranan utama di dalam mencorakkan ekonomi global oleh Negara China sukar dipinggirkan oleh barat. Sejumlah 1.3 billion mulut perlukan makanan, pasaran pelanggannya berpotensi mengatasi kombinasi di antara Amerika Utara dan Eropah Barat. Jika dikira dari persamaan kuasa membeli, per kapita semasa negara China ialah $5,000 dan sentiasa meningkat setiap tahun.

Ia telah mengatasi negara Britain yang merupakan kuasa ekonomi dunia yang keempat. China merupakan 25% pengguna keluli dunia, 30% simen dunia dan merupakan pasaran terbesar barangan elektrikal dan kelengkapan. Purata kontrak pelaburan asing di negara China ialah $420 juta satu hari.

No comments: