Thursday, June 26, 2008

Dato' Onn pernah bersyarah di hadapan seramai 30 orang selama dua jam.


Hari ini merupakan hari yang 39 dari tarikh Tun Mahathir mengumumkan keluar UMNO iaitu pada 19.5. 2008. Selain mengumumkan keluar UMNO, Tun juga menyeru ahli-ahli UMNO yang sayangkan parti turut mengikutnya keluar parti dan tunggu sehingga Pak Lah letak jawatan baru semua masuk balik UMNO. Dulu Dato' Onn keluar parti dengan menubuhkan parti baru sebagai landasan untuk teruskan perjuangan beliau. Tetapi Mahathir keluar parti tanpa menubuhkan parti baru kerana beliau masih percaya UMNO masih boleh berjuang untuk orang Melayu tetapi beliau hanya tidak percaya kepada Pak Lah sebagai pemimpin parti dan beliau menyeru semua yang keluar UMNO jangan masuk parti lain tetapi transit sekejap sehingga Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM baru mereka kembali kepada UMNO.

Beliau telah membuat pengumuman itu di hadapan hadirin yang seramai 1,500 orang ketika itu di Alor Setar, tanah tempat kerjaya politik beliau berputik. Jika semua yang hadir menyahut seruan Tun bertindak keluar UMNO, ini bermakna seramai 1500 orang telah keluar UMNO. Dan jika ini ditambah lagi seramai 300 orang yang menyambut kepulangan beliau di Terminal Persendirian Petronas, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang dari Tokyo pada juga keluar UMNO ini bermakna sudah 1800 orang keluar UMNO.

Ramai pemerhati politik meramalkan dan gusar akan berlaku tindakan keluar UMNO beramai-ramai oleh ahli-ahli UMNO dan mungkin berpusu-pusu keluar mengikut langkah Tun sebagai tanda hormat kepada pemimpin yang banyak berjasa. Tetapi sangkaan ini jelas merosot, nampaknya belum lagi kedengaran tindakan keluar parti beramai-ramai. Selain dari Mokhzani anak Tun, mungkin ada seorang dua berdentum sana sini atas tindakan emosi dan peribadi. Persoalannya adakah kepimpinan Tun akan berakhir seperti Dato' Onn Jaafar yang dilanda penuh hiba dan kesunyian?

Mengikut sejarah, apabila Dato' Onn keluar UMNO dan menubuhkan parti negara, Dato'Onn keseorangan sehingga beliau sanggup berpidato selama dua jam di hadapan seramai 30 orang pengikut. Kalau dibandingkan kehebatan Dato' Onn pada ketika itu bukannya calang-calang kerana pada masa itu tidak ramai professional dan intelektual Melayu. Anggapan Dato'Onn mungkin ramai yang akan mengikutnya keluar parti jelas sekali merosot. Melayu pada keika itu tak mahu memperjudikan masa depan mereka di dalam bahtera yang tidak menentu dan tidak mahu UMNO dibuka atau diglobalkan, maka perjuangan Dato' Onn berakhir dengan penuh kesepian dan kesunyian.

Walaubagaimanapun sehingga hari ini UMNO masih mengenang beliau. Jasa dan nama beliau tidak pernah lekang dalam sejarah perjuangan UMNO dan Melayu. Itulah UMNO, tidak mudah lupa jasa pemimpin mereka.

No comments: