Monday, April 28, 2008

Penyapu membawa SIAL!

Setelah DS Hishammudin Tun Hussein memohon maaf kerana tindakan ketelanjuran menghunus keris sehingga menyentuh perasaan masyarakat bukan Melayu dan mengundang kekalahan Barisan Nasional di beberapa negeri. Sekarang sama-sama kita tunggu giliran DS Mohd Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor memohon maaf secara terbuka kerana menghadiahkan penyapu di dalam satu majlis menilai prestasi PBT sebelum pilihanraya yang lepas.

Di kalangan masyarakat Melayu penyapu adalah simbol sial. Pantang sekali orang melayu dipukul dengan penyapu. Kerana kepercayaannya kelak sial itu akan membawa sehingga hari tua. Kalau yang membuka kedai adalah diseru supaya pagi-pagi semasa menyapu sampah, sapuan hendaklah ke dalam kedai dan sampah dikaut dengan "dustpan" dan dibuang keluar. Pantangnya jangan disapu sampah-sampah keluar kedai. Kerana dipercayai rezeki tidak bertahan lama. Satu lagi petua ialah Penyapu hendaklah disimpan dibelakang pintu rumah dengan bulu penyapu ke atas dan batangnya ke bawah. Amalan Ini dipercayai agar tuan rumah tidak mudah dipukau seperti dalam cerita P.Ramlee;Labu Labi.

Inilah pantang larang penyapu yang diketahui. Tetapi hari ini penyapu telah dijadikan satu anugerah diperingkat tertinggi kerajaan negeri.Dan akibat dari anugerah penyapu ini lima negeri telah disapu bersih oleh pembangkang. Lebih jauh lagi kesan dan akibatnya akan wujud ladang Babi yang termoden kelak di negeri Selangor. Selain mengekspot daging babi, salah satu industri hiliran yang dapat diwujudkan ialah kilang SMI memperoses bulu babi untuk dijadikan berus lukisan, berus cat atau berus shallack. Dan sebagai nilai tambah bulu babi ini juga boleh dijadikan berus "blusher" untuk make up wanita-wanita anggun dan moden masa kini.

Ternyata penyapu memang membawa sial..

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Mazlan,

Penjelasan mengenai penyapu dan sial itu boleh dibaca dalam blog Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Beliau yakin penyapu itu tidak membawa sial kepadanya.

catchmazlan said...

Sdr Ibrahim,
Mulanya Hishamudin pun bertahan dan tegas juga tentang isu Keris tetapi apa dah jadi?
Keris dan penyapu bezanya keris tajam dan penyapu berbulu.
Inilah pemimpin muda Melayu.