Wednesday, August 27, 2008

Sebenarnya kita telah menerima penjajahan.






Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 51 tahun ini sungguh malap. Suasana perayaan kemerdekaan tidak seperti tahun lepas yang momentumnya telah digerak seawal tahun lagi. Mungkin perayaan kemerdekaan pada tahun lepas dipergunakan sepenuhnya sebagai alat menghadapi pilihanraya. Apabila keputusan pilihanraya tidak memberangsangkan maka akibatnya kemuncak perayaan kemerdekaan pun menurun.

Hakikatnya kemerdekaan hanya sekadar dirayakan dan kita telah menerima penjajahan dalam bentuk baru yang secara halus dan terhormat. Kita selesa dan selera dengan makanan dari Barat, Thai, Jepun, India dan China. Makanan kita telah dijajah. Kita bukan sekadar menerima kemasukan media-media asing tetapi kita telah mengadaptasikan cara pendekatan media-media mereka. Media kita telah dijajah. Kita telah menerima cara barat meluahkan perasaan , emosi dan geram di jalanan. Konon nak berdebat politik cara calun Presiden Amerika maka kita perdebatkan calun-calun politik dalam media kerajaan. Politik kita telah dijajah.

Mahu atau tidak, sedar atau tidak hari ini kita telah dijajah. Lihat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh kita telah ada calun Amerika di sini.

2 comments:

raveendran nair said...

Saya setuju, perayaan kemerdekaan tahun ini sangat hambar seolah-olah tidak ada apa-apa untuk dibanggakan. Perjuangan pemimpin lepas seolah-olah dilupakan sebegitu sahaja. Tidak ada bendera baik diatas bangunan mahupun di atas kereta. Malah amat menyakitkan apabila ada individu yang mencadangkan agar jalur gemilang disongsangkan. Bagi saya jalur gemilang adalah symbol kemegahan dan lambang kedaulatan negara, dalam apa situasi sekalipun amat tidak wajar, symbol negara dipermainkan. Tetapi dalam masa yang sama saya tidak dapat menolak suara rakyat yang ingin menyampaikan satu mesej kepada pemimpin negara dan saya yakin keengganan untuk mengibarkan jalur gemilang adalah satu mesej "silent protes" yang perlu diselidiki.

Mazlan, said...

Seperti tahun-tahun yang terdahulu,Kerajaanlah yang selalunya mendahului kempen perayaan kemerdekaan ini dan baru disusuli dengan pihak swasta dan disambut rakyat jelata. Tetapi jika Kerajaan sendiri tidak bersemangat seperti tahun ini, ini satu pertunjuk mungkin Kerajaan lemah, tiada peruntukan atau kemerdekaan bukan satu perkara yang besar lagi.