
"Agi Idup Agi Ngelaban, Lagi hidup lagi lawan" itulah kata-kata Kanang yang sehingga hari ini menjadi kata-kata semangat kepada perajurit kita.
Kini Kanang menghabiskan sisa-sisa hidupnya menjaga sembilan orang cucu di Seri Aman, Serawak. Beliau dan rakan-rakan vateran perang yang lain keciwa apabila tidak diberi pengitirafan yang sewajarnya. "Kami tidak mahu gelaran Datuk, tetapi hanya bantuan yang sewajarnya seperti menaikan pencen bagi membolehkan kami menjaga ahli-ahli keluarga" kata Kanang.
Kata Mat Kedah : "Kadangkala yang dok kencing sana, kencing sini, goreng sana, goreng sini, manupulasi pasaran saham, songlap duit rakyat menjadi kaya raya dan senang lenang tujuh hingga lapan keturunan. Cincin bini nombor satu RM50,000, cincin bini nombor dua RM30,000. Maintain aquarium di rumah RM8,000 sebulan. Kereta Ferrari 20 hingga 30biji sehingga boleh buat teksi. Bila mai manusia macam Kanang dan ramai lagi vateran perang seperti yang Mat Kedah jumpa di Satun baru-baru ni, penerima PGB berjuang di Somalia minta kerja jadi Pengawal Keselamatan pun tak dapat. Apa dah jadi??"
No comments:
Post a Comment