Sunday, August 10, 2008

Mana Melayu dan UMNO nak letak muka?

The Prime Minister of Singapore, Lee Hsien Loong visit Yahoo talking watching a product demo. Jerry Yang and Keith Nilsson in the background.

Prestasi Singapura Terbaik Kerana Ia Miliki Barisan Pemimpin Yang Mantap
Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Prestasi Singapura dalam pelbagai aspek tidak dapat ditandingi oleh negara-negara lain kerana ia berjaya memilih pemimpin berdasarkan kepada merit, membina keyakinan kukuh antara pemimpin dan rakyat, semasa semua pihak bekerjasama erat demi demi kebaikan seluruh rakyat Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau berkata semasa 'politik wang' merosakkan keseluruhan sistem di negara-negara lain, Singapura jelas unik apabila memiliki sebuah kerajaan yang bersih, stabil, bertanggungjawab dan responsif.

"Kami elakkan keributan politik yang membelenggu beberapa negara sekeliling," katanya sebagai amanat Hari Kebangsaan yang disiarkan di ambang sambutan Ulangtahun Kemerdekaannya ke-43, malam ini.

Beliau berkata Singapura tidak menghadapi bantahan keras daripada komuniti minoriti yang merasakan mereka menerima layanan yang tidak adil, mahupun demonstrasi luar kawalan bagi tujuan benar atau sebaliknya.

Lee berkata semasa Singapura mengambil sikap terbuka, ia perlu memelihara kekuatan ini, dan beliau menggesa rakyat Singapura memahami bahawa semua kebebasan perlu disertai dengan tanggungjawab untuk menegakkan kestabilan sosial dan keselamatan.

Beliau berkata Singapura akan kekal menjadi tarikan kepada pelabur, dan ekonominya akan terus berkembang, dan rakyat akan terus mencapai yang terbaik daripada negaranya.

Katanya walaupun wujud ketidaktentuan sekitar rantau ini dan juga dalam ekonomi dunia, Singapura tetap berada dalam kedudukan yang kukuh.

Lee berkata dengan mengambil kira cabaran luaran, hasil ekonomi Singapura adalah baik, dan bagi separuh tahun pertama tahun ini pertumbuhannya menjangkau 4.5 peratus dan ia menambah 144,000 peluang pekerjaan, di samping meletakkan tahap pengangguran serendah 2.3 peratus.

Bagaimanapun beliau berkata pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini dijangka antara empat dan lima peratus.

Singapura sebelum ini menganggarkan pertumbuhannya antara empat dan enam peratus tahun ini.

Lee berkata ekonomi Amerika masih berhadapan dengan masalah serius, mengakibatkan pengguna negara itu mengurangkan perbelanjaan, dan ini menjejaskan ekonomi global, satu keadaan yang dijangka akan berlarutan sehingga tahun depan sebelum keadaan menjadi baik.

Beliau berkata ekonomi Asia, termasuk Singapura, mulai merasai kesan masalah ekonomi Amerika, dan beliau seterusnya menggesa rakyat Singapura supaya bersiap sedia menghadapi tahun akan datang yang tambah mencabar.

Lee berkata Singapura perlu mengekalkan reputasinya di rantau ini, sebagai sebuiah ekonomi yang kompetetif, masyarakat yang kental , dan kerajaan yang jujur serta cekap.

Berhubung inflasi dan kos hidup yang tinggi, beliau berkata kerajaan sedang melakukan yang termampu bagi membantu rakyat Singapura, terutama golongan miskin, bagi mengatasi masalah itu, dengan melaksanakan langkah-langkah bantuan yang efektif bagi menghulur bantuan kepada yang memerlukan.

Berhubung masa depan republik itu, Lee berkata rakyat Singapura perlu membanyakkan zuriat, memandangkan kini semakin kurang rakyat Singapura yang berumahtangga, dan banyak pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak yang ramai.

Menurutnya kerajaan melaksanakan pelbagai langkah bagi menanggani kecenderungan itu, namun pada masa yang sama mengakui bahawa soal perkahwinan dan pilihan untuk menjadi ibu bapa adalah keputusan peribadi.

-- BERNAMA

Mat Kedah sedih, kita asyik bertokak sesama sendiri, nak bertanding Ketua Bahagian UMNO habis berjuta. Jiran kita yang negaranya sebesar "kelemboi" dok perli main. Kekalahan pilihanraya yang lepas nampaknya bukan satu pengajaran. Yang ambil kesempatan dari kekalahan ini pun ramai. Apa nak jadi masa depan kita?

No comments: