Sunday, June 29, 2008

Satu Billion pelanggan.

Peranan utama di dalam mencorakkan ekonomi global oleh Negara China sukar dipinggirkan oleh barat. Sejumlah 1.3 billion mulut perlukan makanan, pasaran pelanggannya berpotensi mengatasi kombinasi di antara Amerika Utara dan Eropah Barat. Jika dikira dari persamaan kuasa membeli, per kapita semasa negara China ialah $5,000 dan sentiasa meningkat setiap tahun.

Ia telah mengatasi negara Britain yang merupakan kuasa ekonomi dunia yang keempat. China merupakan 25% pengguna keluli dunia, 30% simen dunia dan merupakan pasaran terbesar barangan elektrikal dan kelengkapan. Purata kontrak pelaburan asing di negara China ialah $420 juta satu hari.

Friday, June 27, 2008

Macam-Macam: Sekolah ditutup sementara kerana ada kelibat 'ninja'

NEW JERSEY: Sebuah sekolah rendah awam di Barnegat, New Jersey, Amerika Syarikat, terpaksa ditutup sementara selepas seseorang melaporkan dia melihat kelibat 'ninja' berlari di dalam hutan di belakang sekolah itu sehingga menimbulkan keadaan cemas di kalangan penghuni sekolah terbabit. Polis yang dilaporkan mengenai kemunculan ninja itu segera menjalankan siasatan. Bagaimanapun, siasatan mendapati ninja itu bukanlah pengganas sebaliknya adalah kaunselor kem yang berpakaian karate hitam dan membawa pedang plastik. Polis berkata, lelaki itu berlari dengan pakaian berkenaan di dalam hutan kerana sudah terlambat untuk menghadiri parti pakaian kostum di sekolah menengah berhampiran. - Agensi

Thursday, June 26, 2008

Dato' Onn pernah bersyarah di hadapan seramai 30 orang selama dua jam.


Hari ini merupakan hari yang 39 dari tarikh Tun Mahathir mengumumkan keluar UMNO iaitu pada 19.5. 2008. Selain mengumumkan keluar UMNO, Tun juga menyeru ahli-ahli UMNO yang sayangkan parti turut mengikutnya keluar parti dan tunggu sehingga Pak Lah letak jawatan baru semua masuk balik UMNO. Dulu Dato' Onn keluar parti dengan menubuhkan parti baru sebagai landasan untuk teruskan perjuangan beliau. Tetapi Mahathir keluar parti tanpa menubuhkan parti baru kerana beliau masih percaya UMNO masih boleh berjuang untuk orang Melayu tetapi beliau hanya tidak percaya kepada Pak Lah sebagai pemimpin parti dan beliau menyeru semua yang keluar UMNO jangan masuk parti lain tetapi transit sekejap sehingga Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM baru mereka kembali kepada UMNO.

Beliau telah membuat pengumuman itu di hadapan hadirin yang seramai 1,500 orang ketika itu di Alor Setar, tanah tempat kerjaya politik beliau berputik. Jika semua yang hadir menyahut seruan Tun bertindak keluar UMNO, ini bermakna seramai 1500 orang telah keluar UMNO. Dan jika ini ditambah lagi seramai 300 orang yang menyambut kepulangan beliau di Terminal Persendirian Petronas, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang dari Tokyo pada juga keluar UMNO ini bermakna sudah 1800 orang keluar UMNO.

Ramai pemerhati politik meramalkan dan gusar akan berlaku tindakan keluar UMNO beramai-ramai oleh ahli-ahli UMNO dan mungkin berpusu-pusu keluar mengikut langkah Tun sebagai tanda hormat kepada pemimpin yang banyak berjasa. Tetapi sangkaan ini jelas merosot, nampaknya belum lagi kedengaran tindakan keluar parti beramai-ramai. Selain dari Mokhzani anak Tun, mungkin ada seorang dua berdentum sana sini atas tindakan emosi dan peribadi. Persoalannya adakah kepimpinan Tun akan berakhir seperti Dato' Onn Jaafar yang dilanda penuh hiba dan kesunyian?

Mengikut sejarah, apabila Dato' Onn keluar UMNO dan menubuhkan parti negara, Dato'Onn keseorangan sehingga beliau sanggup berpidato selama dua jam di hadapan seramai 30 orang pengikut. Kalau dibandingkan kehebatan Dato' Onn pada ketika itu bukannya calang-calang kerana pada masa itu tidak ramai professional dan intelektual Melayu. Anggapan Dato'Onn mungkin ramai yang akan mengikutnya keluar parti jelas sekali merosot. Melayu pada keika itu tak mahu memperjudikan masa depan mereka di dalam bahtera yang tidak menentu dan tidak mahu UMNO dibuka atau diglobalkan, maka perjuangan Dato' Onn berakhir dengan penuh kesepian dan kesunyian.

Walaubagaimanapun sehingga hari ini UMNO masih mengenang beliau. Jasa dan nama beliau tidak pernah lekang dalam sejarah perjuangan UMNO dan Melayu. Itulah UMNO, tidak mudah lupa jasa pemimpin mereka.

Tuesday, June 24, 2008

The Not-So-Lost Tribe

The Not-So-Lost Tribe
by Mike Krumboltz

June 23, 2008 06:09:40 PM

Even in an age when cynical sleuths can hyper-analyze stories for truth and accuracy, the occasional hoax still slips through the cracks. Such was the case with a so-called "lost Amazon tribe."

A few months ago, mainstream news outlets (including, ahem, Yahoo!) reported that a photographer had found a lost tribe of warriors near the Brazilian-Peruvian border. Photos of the tribe backed up his claim.

As it turns out, the story is only half true. The men in the photo are members of a tribe, but it certainly ain't "lost." In fact, as the photographer, José Carlos Meirelles, recently explained, authorities have known about this particular tribe since 1910. The photographer and the agency that released the pictures wanted to make it seem like they were members of a lost tribe in order to call attention to the dangers the logging industry may have on the group.

The photographer recently came clean, and news outlets, perhaps embarrassed at having been taken for a ride, have been slow to pick up the story. Now, the word is starting to spread and articles in the Buzz are picking up steam. Expect a lot more brutal truth in the coming days.

Sunday, June 22, 2008

Dulu bangkang, sekarang baru tau..

Jika dulu cadangan MB Dato' Seri Syed Razak nak laksanakan "Heli Harvesting" ditentang hebat oleh NGO'S yang pro pembangkang dan PAS. Hari ini kenyataan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan (lihat di bawah)terbukti pro dasar Barisan Nasional yang memang praktikal dari awal.

Sepanjang 100 hari menjadi MB Kedah ternyata dasar-dasar beliau tidak bermusuh dengan sesiapa membuatkan pembangkang Kedah, BN pening kepala kerana BN Kedah tidak ada modal untuk hentam menghentam.

Bila menjadi memerintah sekarang baru beliau tahu buku dengan ruas.
Sunday June 22, 2008

Kedah to use heli-harvesting
By SIRA HABIBU

ALOR STAR: The Kedah Government is going ahead with its plan to allow selective logging in the Ulu Muda catchment areas using the heli-harvesting technique.

Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, however, assured the public that the catchment areas would still be preserved because only selective logging to remove decaying trees would be allowed.

“We will be using the heli-harvesting technique to remove the decaying old trees that are more than 100 or 200 years old.

“That means we will only be removing a few trees every hectare,” he said.

He said Kedah had no other choice as it had to cope with rising expenditure.

“We are desperate to increase the revenue to make ends meet as the Federal Government is not keeping its promise to pay RM100mil annually in compensation for sparing the catchment areas,” he said.

Azizan said this in response to objections from various quarters against the state’s plan to carry out logging activities in catchments.

Azizan said the state need not carry out selective logging in reserved forests covering 122,000ha if the Federal Government fulfilled the promise made in 2003 to pay RM100mil a year as compensation for preserving the catchment areas.

The Federal Government had paid the money once when Datuk Seri Syed Razak Syed Zain was mentri besar, he said.

On calls by Sahabat Alam Malaysia for the Penang Government to pay compensation to Kedah for preserving catchments that are crucial to ensure continuous water supply to Kedah, Azizan said they would appreciate it if Penang contributed.

“But it is not our intention to disturb Penang and Perlis that are dependent on water sources from Kedah,” he said.
(The Star 22.6.2008)

Saturday, June 21, 2008

Nak telus tapi tak telus.

Kita sekarang berada di bawah kepimpinan kerajaan yang "telus". Apabila telus kita boleh; seperti kata orang Kedah "kita boleh selak kain orang dan orang boleh selak kain kita".
Kalau nak telus biar telus semuanya jangan sekejap telus, sekejap tak telus. Kalau nak telus mengapa kita tidak dedahkan berapa amaun ex-gratia yang kita bayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun dahulu?
Sampai bila kita nak berahsia? Apabila bertukar Perdana Menteri kelak?

Tuntutan melampau dari Yong Teck Lee

Tindakan Yong Teck Lee untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Pak Lah telah ditentang oleh Timbalan Presidennya sendiri, Datuk Raymond Tan. Terbukti tindakan ini bukan tindakan SAPP tetapi atas kapasiti pribadi Yong Teck Lee dan beberapa sekutu rapat beliau.
Kalau begitu SAPP seharusnya mengadakan mesyuarat khas untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Yong Teck Lee pula.

Tuesday, June 17, 2008

Kekurangan pelajar lelaki di IPTA akan mengakibatkan berlaku keperluan pembantu rumah yang tinggi.

Kajian UPSI mendapati kekurangan pelajar lelaki yang layak ke IPTA semakin serius dan membimbangkan. Jika ini berterusan bermakna kita akan menghadapi masaalah pembantu rumah yang kritikal di masa hadapan kerana semua isteri sibuk bekerja dan suami menganggur. KIta akan terus mengimpot pembantu rumah samaada dari Indonesia, Nepal atau Bangladesh.
Bayangkan anak-anak kita kelak akan dididik oleh mereka-mereka ini dan kasih sayang mereka akan berkiblat ke Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Sekarang pun telah berlaku.
Kalau dididik oleh pembantu rumah dari Indonesia mereka akan kenal makanan bakso lebih dari laksa. Kalau dari Nepal mereka akan jadi perangai macam Ghurkha lebih dari perangai Melayu. Kalau dari Bangladesh mereka akan makan bawang dan kentang lebih banyak dari nasi dan sambal belacan.
Tidak hairan besok dalam pilihanraya ada calun pandai cakap Bangla dan Nepal.

Sunday, June 15, 2008

Wang-wang bertaburan.

Muka hadapan akhbar Sunday Star dan Mingguan Malaysia hari ini memaparkan visual besar wajah keriangan orang ramai sedang mengibar-ngibar wang tunai rebat yang diterima.

Tapi tak nampak pula visual menunjukan orang ramai mencium-cium duit yang mereka terima. Paparan visual-visual ini nampaknya seperti kerajaan sudah mula menabur-nabur wang tunai kepada rakyat.

Itulah kulitnya tetapi isinya kita tidak tahu. Apa salahnya jika jika mereka ini ditanya apa yang mereka hendak lakukan dengan wang tunai sebanyak itu?

Jangan jadi pepatah orang-orang tua "Sekali memberi kena memberi selalu"

TDM mula lancar serangan.

Tun Mahathir di dalam blognya amat marah dia atas beberapa kenyataan liar yang dilemparkan di dalam blog menyatakan beliau, isteri dan anak-anaknya ada menyimpan di dalam simpanan tetap di Israeli National Bank , Singapura sebanyak USD199.45 juta dan $S42juta.

Kemarahan ini membuatnya menyerang balik Pak Lah mempersoalkan sama ada pemberaian sebanyak RM1.4 billion di dalam bentuk tunai, saham dan property yang diserahkan semasa meninggalkan jawatan masih di dalam simpanan Pak Lah.

Nampaknya perbalahan Mahathir dan Pak Lah ini tidak akan kehabisan dan telah mula berbangkit sehingga ke periok nasi dan periok belanga (kata org Kedah). Malangnya lagi ia berbangkit di dalam suasana rakyat sedang menghadapi gelora kenaikan harga minyak.

Entah apa lagi peluru yang seterusnya akan dilancar oleh TDM sama-samalah kita tunggu. Minta doa janganlah bom atom atau bom nuclear takut kesannya sampai ke anak cucu cicit.

Monday, June 9, 2008

Krisis tenaga -Tahi Lembu kering sebagai sumber tenaga.

(Kepingan-kepingan tahi lembu kering)
An Indian woman dries cow dung cakes for use as cooking fuel in Phoolpur village, about 45 kilometers (28 miles) east of Allahabad, India, Sunday, June 8, 2008. The Indian government Wednesday hiked price of cooking gas by 50 rupees (US$1.25) per 14 kilogram (30.8 pound) cylinder. Some 300 million of India's population of around 1.1 billion live on less then a dollar a day and millions of others living on the state-set minimum daily wage of about 66 rupees (about US$1.6) cannot afford cooking gas at all.
(AP Photo/Rajesh Kumar Singh)
Jun 8, 4:18 AM EDT

Kerapkali kita mendengar ada orang menjadi jutawan dengan menjadi 'broker' minyak dan gas seperti Tan Sri Ananda Krisnan yang memulakan perniagaan minyak dan gas semasa menjadi Penasihat Petronas. Kini tidak mustahil akan lahir pula jutawan Tahi Lembu Kering sebagai sumber alternatif bahan bakar memandangkan krisis minyak dan tenaga dunia begitu meruncing sekarang.

Saturday, June 7, 2008

'Lost tribe' of the amazon



Lost Amazon tribe shuns contact
May 30 - Brazilian officials say the photographing of a rare 'lost' tribe of Amazon Indians deep in the rainforest will help safeguard their future.

They've released photos of alarmed tribe members pointing bows and arrows at an aircraft carrying photographers. Of more than 100 tribes who've had no contact with the rest of the world, experts say more than half live in either Brazil or Peru. Conservation groups such as Survival International say all are in grave danger of being forced off their land, killed and ravaged by new diseases.

Susan Flory reports.

Kenaikan harga minyak, Kerajaan tidak harus pandang sinis pendapat Tun Mahathir.

Harga Minyak
(Dipetik dari Blog chedet)

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:56 PM

Thursday, June 5, 2008

Barack Obama mencatat sejarah orang kulit hitam pertama berjaya memenangi pencalonan Parti Demokrat ke White House

ST PAUL, Minnesota 4 Jun - Barack Obama semalam mencatat sejarah orang kulit hitam pertama berjaya memenangi pencalonan Parti Demokrat ke White House selepas berjaya mengetepikan cabaran dari pesaing pilihan, Hillary Clinton.

"Amerika, inilah saatnya. Inilah masanya. Masa untuk kita membuka buku baru kepada polisi lama.

"Malam ini saya berdiri di depan anda dengan mengatakan saya akan menjadi calon Demokrat untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November ini," kata Obama, 46.

Beliau berjaya menyingkirkan saingan Hillary yang berharap muncul sebagai Presiden wanita pertama AS.

Selepas keputusan pemilihan awal di Montana diumumkan Obama memperoleh 2156 perwakilan berbanding Hillary yang mendapat 1,933.

Calon pilihan raya Presiden untuk Demokrat perlu melepasi had 2,118 perwakilan untuk mengesahkan pencalonan.

Kemenangan Senator Illinois dalam merebut pencalonan parti membolehkan beliau menentang veteran Perang Vietnam dari Parti Republikan, John McCain, 71.

Pertembungan pada 4 November ini menyaksikan pengundi AS akan memilih antara pemimpin politik generasi baru yang memiliki karisma tersendiri dengan seorang hero Perang Vietnam yang berharap dapat menyumbangkan jasa terakhir.

Obama memperoleh kemenangan selepas menguasai pemilihan awal di Montana serta sokongan besar-besaran perwakilan utama parti membolehkan beliau mengatasi kelayakan 2,118 perwakilan bagi melayakkan pencalonannya semasa konvensyen Ogos ini.

Bagaimanapun Hillary mendapat sagu hati dalam kekalahannya dengan memenangi pemilihan di South Dakota.

Sementara pungutan pendapat oleh USA Today/Gallup lima bulan sebelum pilihan raya Presiden menunjukkan Obama mengatasi McCain dengan 49-44 peratus dengan tumpuan kempen dijangka tertumpu kepada Perang Iraq, isu nuklear Iran dan masalah ekonomi AS yang semakin lemah.

Obama pula menyambut kemenangan pencalonannya dengan melancarkan kecaman ke atas McCain yang dianggap sebagai salinan kepada Presiden George W. Bush.

"Bukan perubahan jika John McCain membuat keputusan untuk terus menyokong George Bush seperti yang dilakukannya dalam senat tahun lalu.

"John McCain menghabiskan banyak masa bercakap mengenai kunjungan ke Iraq beberapa minggu lalu tetapi mungkin lebih baik beliau menghabiskan masa dengan melawat bandar raya dan bandar di negara kita yang menghadapi masalah ekonomi," katanya.

- AFP

Sunday, June 1, 2008

Cabaran membina generasi hari ini

Apabila seseorang muslim itu meninggal maka terputuslah ia dari segala perhubungan di dunia ini, kecuali hanya 3 perkara iaitu :
a) Sedekah dan jariah
b) Ilmu yang di manafaatkan
c) Anak yang soleh

Tiga hari bersama himpunan Keluarga Hj Othman dan Hajjah Om (merupakan himpunan yang ke 11) membawa kesedaran yang cukup mendalam betapa mencabarnya membina anak yang soleh atau generasi yang soleh. Bukan satu usaha yang mudah untuk menghimpun keluarga yang besar seperti ini, hendak pula apabila ianya diadakan setiap tahun.

"Kita sedang melatih generasi ketiga untuk menguruskan himpunan keluarga ini tahun hadapan" kata pengerusinya Prof. Emeritus Dato' Dr Abdul Halim Othman.

Kejayaan ini hanya akan dapat dicapai jika setiap ahli keluarga dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang sesama ahli keluarga, itu lah fomulanya.

Daripada anak yang soleh maka lahirlah cucu yang soleh, cicit yang soleh dan seterusnya generasi yang soleh.