Tuesday, July 28, 2009

Adinda Mahadzer pulang ke rahmatullah

Allahyarham Mahadzer di belakang sekali bersama keluarga semasa bersama allahyarhamah bonda Cik Gayah.

Mahadzer di lahirkan pada 20 July 1961 di Bedong, Kedah. Anak yang kedua dari tiga beradik. Seorang yang gigih dengan kerjaya di IKRAM yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar.

Allah lebih menyayangi Mahadzer dan pada 28 July 2009 jam 12.30 pagi beliau telah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung di Kajang Medical Center.

Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham adinda Mahadzer.
Al fatihah..

10 comments:

Lily Muas said...

Al-fatihah.
Saya kenal abg Mahadzer masa saya student kat US. Abg mahadzer & family baru sampai untuk buat Masters. Saya ingat "pekat"nya loghat Utara dia dgn Kak Gee (saya org Sarawak, so tak familiar sgt :-)). Tapi saya ingat abg Mahadzer seorang yg baik sgt. Sentiasa cool dan rumah beliau sentiasa terbuka untuk kami.

Kami lost contact setelah saya balik Ms'a dan dia sambung buat PhD. Tapi selalu baca tentang dia dalam surat khabar. Baru-baru ni connect balik via facebook. Tengok anak-anak dia dah besar.

Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Tak sempat nak buat reunion dgn beliau. Semoga Allah mengampunkan semua dosa beliau and menempatkan beliau bersama org-org yg solih.

Doctor.Anne said...

Yes, we know Abg Mahadzer & Kak Gee since 1993 dekat kampung halaman Troy. Pergi camping sama2 and the best thing is bila depa panggil makan2 esp Kak Gee's fried chicken and terung masak cili.

But yang terkilan nya bila balik Malaysia semua orang sibuk and dari sehari ke sehari ada hajat nak jumpa tapi tak kesampaian. Hanya melihat dari jauh (from papers, what not) all Abang Mahadzer's success. Abang Mahadzer seorang yang caring and for sure he loves his family very much.And yes, Allah lebih menyayangi dia.

Al-fatihah
nas & seru, penang

4AS said...

Takziah dari kami sekeluarga di Bertam. It was a sad & shocking news. Ralat jugak tak sempat ziarah jenazah. Insyaallah kami akan melawat K.Gee & family dalam waktu terdekat ni. Mak Cik Malau ada buat tahlil untuk arwah semalam..
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya.

Mazlan, said...

Lily, Terima kasih di atas kenangna abadi bersama arwah Mahadzer.
Semoga siratullrahim tersebut akan terus berkekalan.

catchmazlan said...

Rumah Anak Yatim Kg Che Bema akan tahlil 70,000 kali dan di hadiahkan bacaannya kepada arwah.
Terima kasih kpd Ustaz Ahmad Saad peneylia rumah anak yatim kg che bema.

MANUTD FC MALAYSIA said...

tahziah..buat family mahadzer...semoga tabah menghadapinya

Unknown said...

Assalamulaikum Kak Gee dan semua,

Ucapan takziah kepada Kat Gee sekeluarga diatas pemergian Abg Mahadzer. Banyak kenangan di RPI berlegar balik di kepala saya setelah mendengar berita pemergian Allahuyarham dan semestinya Abg Mahadzer sekeluarga salah satu famili di sana yang bagi saya "keeping the Malay" community togather. Begitu cepat masa berlalu dan Allah lebih menyannyangi beliau. Moga-moga keluarga Kak Gee tabah selalu dan sama-sama kita doakan beliau ditempatkan Allah bersama solehin.

Tg Azhar
(Jaa ... 97 RPI)

ila said...

salam takziah juga dr ila sekeluarga. moga roh abd det digologknan bersama golongan yg beriman... amin..

Doctor.Anne said...

I agree to what Jaa said sbb mmg once kedengaran berita tu kira terduduk sekejap sbb our college years were memorable ones and we always thought that we will see each other one day just like the old days. That reminds us back to dunia yang fanaa ini.


Nas
Penang

pencaktari Enterprise said...

salam,
berita tentang kematian abg det amat mengejutkan, apatah lagi beliau masih muda dan nampak sihat dan berseri, teringat kembali kenangan ketika menyambut perayaan hari raya yang lalu, kenangan ketika menjamu selera di rumah mak kecik, ketika itu, keluarga abg det,mak n ayah,keluarga pak kecik dan pak cik len, kami makan bersama dan beramah mesra,begitu ramah abg det berbicara, masih terngiang akan hasratnya untuk makan itik hasil belaan saya dan pelawaannya ke rumah di kuala lumpur,tak ku sangka detik itu adalah detik terakhir pertemuan kami.semoga allah merahmati beliau. kepada kak gee sekeluarga, takziah diucapkan.

regards,
Sukor Abdullah
www.muslimsproduct.blogspot.com